Ahad, 10 Februari 2013

PELANCARAN KEDAI IMAN QISTINA, 10 FEBUARI 2013

(C) Untuk Perhubungan Pelanggan Kami:



PENGENALAN
============
Kedai Iman Qistina (IQ) adalah merupakan sebuah kedai maya yang menyediakan beberapa produk perkhidmatan. Kedai ini juga merupakan produk baru bagi Syarikat T3 Management http://www.t3management.blogspot.com/ yang sebelum ini dikenali sebagai Juru Runding program sejak tahun 2010 sehingga kini dan masih bergiat aktif dalam program pembangunan insan dan beberapa perkhimatan lain. Lantaran itu, T3 Management  muncul dengan produk keusahawanannya melalui media massa elektronik sebagai cabang program keusahawanan syarikat.

JENIS PERKHIDMATAN
===================
1. Menjual tudung
2. Menjahit tudung
3. Perkhidmatan kereta mampu sewa
4. Menjual cendermata kraf tangan kreatif

OBJEKTIF
========
1. Membina jaringan keusahawanan glokal
2. Menjana pelbagai produk keusahawan untuk pasaran tempatan
3. Menggiat jualan barang-barang tempatan

PIAGAM PELANGGAN
==================
1. Menjalankan urus niaga mengikut Perundangan Islam
2. Mesra pelanggan
3. Memberi layanan yang terbaik
4. Menjaga kualiti barang

PERHUBUNGAN
=============
Siti Nur 'Adilah
Staf IQ,
http//:www.Kampusiman.blogspot.com
013-278 5414

Mohd Khamis
013-735 9729


Produk sulong Kedai IQ:



10 Febuari 2013
[Bidang 60']


Produk Rangkaian Glokal :


[Shampu dan Sabun Herba]

12 Febuari 2013

Produk Rangkaian Glokal No.2 :


[Produk istimewa kami untuk yang Orang Dapur: Periuk Korea Style]
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=512292595476235&set=a.512292538809574.110533.100000864985747&type=3&theater

14 Febuari 2013

Produk Selepas ini??
Perkhidmatan istimewa untuk Mahasiswa dan Mahasiswi @ Para Pelajar Institusi Pengajian Tinggi


P/s: Nantikan produk-produk lain yang lebih menarik, hanya di kedai IQ (Iman Qistina).





Isnin, 25 Jun 2012

Bicara Doa Insan





Gelap malam mendung membaluti kekuatan ke dalam diri mencari ruang pada satu jawapan yang sentiasa dinanti-nanti oleh minda... Mengapa ana sentiasa mencari ruang di waktu malam ye...mungkin ketenangan seiring bayu lembut malam yang sejuk menenangkan hati......insyaAllah...


Pandangan mata tenang
Menentang badai di hati
Oh Tuhan tinggi cintaMU
Ku beli dengan pengorbanan nafsuku

Ku ingin bebas seperti lain
Selangkah ku menapak
Ku getar melanggar sempadanku
Kerna itu palsu semata

Mujur Kau didik imanku
Sempadan hiasi jiwaku
Sekali ku tersilap
Indahnya hikmah Engkau menegurku

Mencari ruang setulus bicara doa hamba...memohon diperkuatkan iman melangkah seharian di muka bumi mu... Ruang kesyukuran ku panjat atas pengorbanan dan kecekalan futuhat-futuhat Islam melebarkan sayap keindahan Islam ke pelusuk dunia.... Sehingga ku kenal apa itu syahadah... 

Seharian ku tatap wajah sahabat seperjuangan ...jernih dan tabahnya mereka mencontohi kekuatan futuhat-futuhat dahulu memperkuatkan keindahan Islam ke pelusuk ruang sekeliling yang mereka ada... tidak terhitung akan segala kebaikan yang mereka lakukan...cukup di hati mereka yakin bahawa ganjaran syurga itu lebih tinggi daripada jawatan serta anugerah yang mereka perolehi di dunia....Mereka juga dikelilingi insan-insan soleh yang sentiasa menegur ketika mereka terlupa serta menyalurkan ketabahan ketika mereka lemah.. Doaku mudahan Allah kurniakan kemenangan di pihak mereka kerna mereka sedang mengusahakan kegemilangan agamaMU ya Allah...perkenankanlah...


Ku tatap pula wajah sahabat seperjuangan yang lain...medan perjuangan yang berbeza serta matlamatnya juga mungkin sama  mudahan insyaAllah...semuanya berkejaran mencari pahala buat bekalan di akhirat kelak.... Ruang dakwahnya mungkin bergerak seiring kemampuan mereka dan mungkin lebih baik...mudahan insyaAllah...


Bicara Doa Insan :
Ku menanti tibanya
Namun khuatirku tidak disambut
Ku mula ragu
Tapi sebenarku silap

Aku mengharapkan mentari
Tapi Kau kurniakan hujan
Kerna menguji nilaianku
Rupanya kau hadiahkan pelangi buatku

Kadang-kadang jangan diragui
Segala kekurangan diri
Hadiah dari Ilahi
Penyelamat dari egois

Jangan mudah bongkak wahai diri
Kelebihan anugerahNya buatmu
Atas dasar ujian nilaianmu
Mudahan ada keindahan mentari di situ

Perjalanan hidup ibarat roda...
Hidup ada nilaian perkongsian
Ada yang sudi menghulurkan bahu
Ada yang sudi menghadiahkan tisu

Ada yang sudi berbicara
Ada yang sudi berdiam kata
Semuanya punya nilaian rahsia
Sejauhmana gambaran kita mewarnakannya

Tak mengapa wahai diri
Jika sekarang langkahmu diikat
Suatu hari akan ada yang sudi membukanya
Kerna kesudian ia melangkah bersamamu

Tersenyumlah wahai diri
Walaupun Engkau tak mampu berkongsi
Kerna nilaian ganjaran kesabaranmu
Tinggi di sisiNya kerna kau redha


Ahad, 24 Jun 2012

-Kaca Mata / Kanta Lekap?-



Sempoian angin di waktu siang walaupun hembusannya seiring dengan haba kepanasan namun perjalanan di waktu sebegini mungkin menghadiahkan hikmah yang tidak disangka-sangka. Di tambah dengan kegelapan penglihatan manusia yang sentiasa mencari arah cahaya dalam dirinya. Ana tenang melayan lagu nasyid lama yang sesuai dengan apa yang fikirkan di minda...

 "Fatamorgana" nyanyian kumpulan Hijjaz.. cantik video klipnya bertema seorang budak kecil yang bertatih menelusuri dunia tanpa mengetahui apa yang bakal dirinya tempuhi dan apakah cukup persiapannya menghadapi dan menelusuri jalan yang lurus dengan ujian hidup yang mencabar menuju jalan yang hakiki iaitu jalan akhirat.

"Sabar menempuh jalan, tetapkan iman di hati, yakinkan janji Tuhan, syurga yang sedia menanti, imanlah penyelamat, dunia penuh pancaroba, hidup akhirat kita kekal bahagia"... menarik adunan bahasanya menghadiah kemerduan hidayah di hati manusia yang sudi mendengarnya dengan mata hati.


Mata.. anugerah Allah s.w.t untuk manusia yang amat berharga. Namun mata yang bagaimana? Mata fizikal yang sentiasa menghantar pandangan yang mungkin benar atau sekadar fatamorgana semata-mata tentang pelbagai sudut dalam dunia. Tapi Allah hadiahkan sesuatu punya hikmahnya yang tersendiri.... Sejauh mana kita menggunakannya untuk kebaikan atau sebalik? Mudahan Allah s.w.t beri kekuatan pelihara mata mudahan menjadi mata yang dicintai oleh Allah s.w.t. Jika dulu kita silap menjaga mata maka kita dan ana juga masih sempat untuk berazam bersama yang lain untuk memelihara mata supaya menjadi mata yang dicintai Allah s.w.t.



Ana tersenyum mengingatkan kenapa boleh wujud kaca mata ye? begitu juga pengaplikasiannya yang lebih canggih iaitu kanta lekap (contact lense)... kemajuan sains seiring tuntutan biologi manusia mungkin... Ana teringat kisah seorang sahabat yang rabun tanpa berkaca mata bertawakal sekuat hatinya berjalan seorang diri ke pekan semata-mata mahu membeli barang yang penting. Bermula dengan menunggu bas rapid ke pekan...hampir terlepas kerna tak perasan...alhamdulillah mujur pak cik driver tu baik hati walaupun hampir terlepas stesen...dia berhenti walaupun dia tak tahu bahawa penumpang yang sorang ni tak nampak dengan baik...mujur sahabat masih nampak warna bas tersebut.... 

Setelah selesai urusan penting... Satu lagi kerisauan yang bermain dalam diri..."Innalillah...bagaimana ana nak cari kod bas untuk pulang ke kolej ye?...mudahan Allah atur perjalanan ana sebaiknya pada hari ini"... usai sahabat ana berdoa... digerakkan kaki untuk turun di mana-mana stesen... sejurus turun dari tangga satu stesen...takdir Allah s.w.t menentukan bahawa sememangnya bas yang pulang ke kolej betul2 di ruang stesen yang sahabat ana turun (setelah diamati dengan lebih dekat)....(perkara yang sama menimpa ana hari ini...sangat-sangat menarik)

Kadang-kadang peristiwa sebegini adalah biasa di mata orang yang dapat melihat dengan baik tetapi ianya merupakan satu nikmat yang besar bagi seseorang yang Allah s.w.t tarik sedikit nikmat penglihatannya iaitu rabun ditambah power speknya yang agak tinggi.. Ana termenung mencari hikmah peristiwa tersebut dengan kehidupan seharian kita yang sentiasa berinteraksi dengan biologi dan sinergi alam.... Allah s.w.t sentiasa menyarankan kita mengambil 'ibrah yakni pengajaran dari setiap yang berlaku di alam sekeliling kita...

Firman Allah s.w.t dalam surah Huud ayat 24 yang bermaksud:

"Bandingan dua golongan (yang kafir dan Yang beriman) itu samalah seperti orang Yang buta serta pekak, Dengan orang Yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (setelah kamu mengetahui Yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?”

Apakah pengajaran yang ana boleh kaitkan dengan konsep fatamorgana ye?... 

Kadang-kadang dalam hidup, kita banyak memandang yang palsu berbanding yang tulen sebab permainan hidup mengatakan yang palsu itu indah dan yang tulen itu susah dan mustahil... Sebab itu ramai yang mengatakan bahawa Islam itu susah untuk diamalkan..sebenarnya Islam itu mudah jika selami dan amalkan sesuai dengan apa yang dituntut dalam Islam......

Cuba kita selami kembali mengapa Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.”

Cuba telusuri kembali mengapa Allah s.w.t mensyariatkan solat fardhu dalam hidup manusia untuk manusia bermeditasi serta berinteraksi dengan Allah s.wt dan bukannya yoga? Mengapa Allah mensyariatkan puasa untuk manusia menjaga kesihatan badan dan bukannya melalui gym atau sebagainya yang berkaitan.. Mengapa Allah mensyariatkan zakat dan bersedekah untuk menyucikan harta dan bukannya berboros pada jalan pembaziran dan kedekut dalam kebakhilan. 


Dua persimpangan jalan hidup dipilih oleh manusia untuk menentukan gambaran hidupnya... Tetapi sejauh mana hebat atau kurangnya kita sekarang bukan penentu mutlak untuk pengakhiran hidup kita kelak...kadang-kadang apa yang kita nampak sekarang adalah salah satu fenomena fatmorgana dunia yang mungkin boleh menjadi fitnah seandainya kita tidak cuba untuk terus beristiqamah memohon penetapan hati di jalan iman..... 

Kita melangkah atas bumi Allah s.w.t dengan anugerah mata yang mungkin tertipu dengan fatmorgana dunia yang sangat hebat cabarannya dari pelbagai sudut (fenomena pentadbiran dunia yang meruncingkan kerna meletakkan konsep Islam itu jauh dari hidup masyarakat, fenomena keadaan sekeliling yang memberi pengaruh yang kuat untuk manusia takut untuk berubah ke arah yang lebih baik).... 

Namun tak semua yang tertipu dengan fatamorgana dunia kerna golongan ini bergerak atas dasar mata hati yang sentiasa cuba untuk disucikan walaupun hidupnya nampak asing dari manusia lain yang leka dengan dunia... kerna menempuh fatamorgana tersebut dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t...(mungkin sedikit perkaitan dengan peristiwa yang menimpa sahabat ana).



Tetapi hati kita Allah s.w.t yang pelihara, maka tak mustahil kita mampu berubah ke arah kebaikan jika kita sentiasa pohon padanya...usah pedulikan kata-kata tohmahan atau bicara sinis yang menghalang dirimu untuk berubah kepada yang lebih baik....kerna kadang-kadang apabila mata manusia telah rosak untuk menilai...maka mereka akan menggunakan kaca mata atau kanta lekap yang lain untuk menjelaskan pandangan dan penglihatan mereka terhadap sesuatu perkara... 

Cuma terpulang pada manusia untuk memilih kaca mata yang bagaimana...adakah dengan kaca mata yang anti silau terhadap tipu daya syaitan dan pengajaran serta pegangan terhadap al-Quran & Hadith supaya tidak sesat atau kaca mata lama yang dikaburi dengan habuk kekotoran dunia tanpa cuba untuk menggantikannya dengan yang baru atau cucikan ia dengan kain dari hamparan keimanan..... 

Mudahan mata di dunia ini dikuatkan dengan mata hati yang sentiasa mencari kebenaran dalam hidupnya untuk menemui cintaNya yang hakiki.... dengan berusaha untuk menuai benih ibadah dan ikhlas untuk hasilnya di akhirat kelak....Kerna setiap sudut hidup kita adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah s.w.t....


(Sebenarnya semua orang memakai kaca mata dalam hidup seharian maka tegurilah insan yang memakai kaca mata yang salah kerna mungkin dia dikaburi tetapi tiada yang menegurinya...tetapi kita hanya mampu membantu kerna tidak mahu dia tersilap dan terjatuh.....juga kerna yang mampu menghantarkan air mata keinsafan hanyalah Allah s.wt...kuatkanlah ianya dengan doa dan tawakal untuk diri sendiri mudahan dikurniakan pilihan kaca mata yang berkualiti serta bersesuaian dengan tuntutan Islam sebenarnya)













Khamis, 21 Jun 2012

- Saat Nota Berbicara -



Cetusan rindu pada sucinya hati.....seiringi sendunya pada kotornya sekeping hati....Bicara malam rindu menyapa ana...mengajak ana merenung akan gelapnya ia bukan bererti tiada cahaya yang cuba merapati....malam itu tersimpan seribu rahsia manusia.....cerahnya ia kerna sudinya matahari meminjamkan cahaya...membantu hambaNYA berkhalwat bersama Yang Maha Khaliq....gelapnya malam seiring sedihnya ia akan khilaf manusia dalam dunia yang penuh noda....Sepoian angin mengajak ana berdiskusi dengan nota hati, nota iman serta nota akal......indahkah cinta manusia?... kadang-kadang sakit dan kadang-kadang manis......

kata nota hati : "indahnya cinta manusia yang sedia memberi dan saling lengkap-melengkapi fitrah manusia. tapi sangat sakit jika ada yang saling melukai..mungkin kerana ingin mencuba atau sekadar menyempurnakan keinginan hati"


Kata nota akal : "mungkin sekadar ingin menguji sejauh mana indahnya cinta manusia? teringin ingin membandingkan dengan cinta Ilahi yang tiada taranya....atau mungkin sekadar ingin mencari kelemahan manusia"


Kata nota iman : "Cinta itu fitrah..tiada yang salah tentang ia..sangat-sangat indah untuk dititpkan pada manusia kerna manusia amat perlukan perasaan itu...kerna perasaan adalah teras diri manusia..namun bergantung kepada bagaimana manusia hendak mencoraknya...namun cinta manusia ini indah seandainya tunjangnya adalah hakikat dan matlamatnya adalah cinta Ilahi...yang selainnya adalah wasilah"


Terkedu diri ana mendengar diskusi "mereka"....membawa ana ke menerpa ke memori terdahulu akan wasilah ilmu yang sering membicarakan tentang cinta manusia....jujur....amat memilukan andainya cinta manusia yang digarap melalui jalan-jalan yang menyedihkan.....resahnya seringkali membawa diri bermuhasabah akan silapkah perhitungan diri dalam memilih antara cinta Ilahi yang tiada nodanya...atau fitrah manusia? Kerna fitnah yang menerpa ibarat Tsunami yang melanda....kerna manusia ini adalah makhluk yang sentiasa ada khilafnya. Mudahan Allah s.w.t sudi tunjukkan jalan yang terbaik..Allahumma amien.





- Simpuhan (^_^) Senyuman-


Saat hati dibelai tarbiyah
Melingkar lembut membuka hijab hati
Kesukaran dihadapi dengan senyuman
Pahitnya diharungi dengan gurau senda
Tanda tabah tika diuji


Namun teman
Wasilah ujian kita berbeza
Dan Ya...
Engkau berjaya mengharunginya
Apakah diriku Yang Lemah Ditinggalkan?

Sejuk Malam itu
Tanda Tiada Manusia rela Berkongsi
Hanya lembut malam
Membangunkan diri Berkongsi Rasa
Munajat hati Mencari Bahagia

Tenang Tangisan itu dibiaskan
Mencari Tenang dalam Kekalutan
Mencari Redha dalam Ujian
Menghendap Hikmah di Sebalik Kesukaran
Mencurahkan apa Terpendam

Ya Tuhan.....
Cinta akan dunia Melalaikanku
Aku lemah dengan keresahan yang mengalir
Aku beku dalam Kepanasan
Betapa sedih hati Dinodai

Namun aku akur takdir hidupku
bukan aku ingkar akan seruanmu
namun aku cuba lindungi dari fitnah
Maka jalan ini yang ku pilih
Penuhi dengan kudratku yang terbaik

Ya Tuhan...
Aku tidak peduli pandangan manusia
Cukuplah Engkau yang sudi memandangku
Dinginnya mendamaikan hatiku
Membalut hatiku tanda sejahteraku

Senyumku melangkah hadapi dunia
Engkau hadiahkan insan-insan soleh teguriku
Sepiku bukan tanda mengalah
Wasilah kekuatan diri elakkan fitnah
Yang tak sedari akan tusukan hadirnya. 

(.....Melangkah dengan senyuman...(^_^)....)





Isnin, 7 Mei 2012

RAIKAN FITRAHMU.....




Kian siang merangkak hilang menyusulkan malam buat hamparan penghuni bumi….jemari ini bergelodak untuk menaip di atas papan kekunci….Alhamdulillah ya Rabbi….Engkau berikan daku peluang untuk mengenali hati-hati yang suci itu….tulus mendambakan bimbingan……Tiap detik masa yang berlalu memberi ruang kenangan yang cukup indah untuk diingati dan diberi pengalaman yang sangat menakjubkan….

Saat bas bertolak ke destinasi program…..sentimen yang bermain di minda….”ape ye buah tangan yang mahu diberikan buat adik-adik ini seiring tugas yang diamanahkan”….sejenak diri membuat keputusan “biar sederhana, janji akar yang terpasak di hati mereka itu berjaya diusap dan digilap buat buah tangan bertemu dengan Ilahi”…Alhamdulillah…mudahan langkah kaki yang mula bertapak di destinasi ini tetap utuh kuat memahamkan adik-adik tersayang….


Pertemuan pertama bersama adik-beradik yang bakal mengambil peperiksaan SPM…subhanallah…pasti ada hikmah di sebalik aturan ini…..empat insan yang sudi bermain mata, hati, akal dan jiwa dengan insan kerdil ini…..benarlah bicara orang bijak pandai… jangan disangka air yang tenang tiada buaya…..langkah taaruf memecahkan kebekuan dan kekakuan dalam mencari titik persamaan di antara kami berlima…… mudahan usaha yang sekecil ini dipandang Allah dalam mengislah diri ana dan jiwa-jiwa insan yang engkau pilih Ya Allah…..



“Duhai jiwa-jiwa yang lembut….pengalaman itu perlu dalam kehidupan…walaupun sesusah mana hidupmu, sebeban mana dugaan yang menimpamu itu tanda sayangnya Allah padamu atas kesanggupan engkau menghadapinya.”…Keseimbangan yang bagaimana dikehendaki oleh naluri fitrah dirimu???...ana  juga tidak punya jawapan yang tepat kerana ianya satu yang terlalu subjektif untuk diperhalusi dan dibahaskan…namun yang menjadi pokok pangkal dalam perjalanan hidupmu ialah sejauhmana dirimu cuba untuk seimbang luaran dan dalamanmu……

Kerinduan dirimu terhadap bicara sebegini memberi kekuatan pada diri ana untuk sumbangkan sesuatu walaupun hanya sekadar di belakang kerna betullah kata pakar-pakar perubatan bahawa betapa pentingnya postur tulang belakang kepada manusia dalam bergerak begitu juga secara seninya motivasi hidup manusia. Saat luluh melayan kejatuhan semangat diri, jiwamu perlu tangan yang sudi bertaut memberi kekuatan…

“Beratnya bebanan yang bermain di kepala!!!”….betul bicaramu itu…begitu beratnya yang dirimu fikirkan…..kenapa engkau merasakan sebegitu?….kerna dirimu meletakkan situasi yang sebegitu….sebagaimana firman Allah di dalam hadith qudsi “INNI MA’A ZONNI ‘ABDI”…maksudnya “Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hambaKu”….jika itu sangkaanmu maka itu jugalah yang Allah berikan padamu…jangan memberatkan sesuatu yang Allah s.w.t sudah ringankan kepada kita……hadapilah…

Jangan takut untuk mempelbagaikan usaha diri….moga saat ketakutan itu dihapuskan jiwamu akan puas kerna engkau berani untuk meninggalkan kelemahan dirimu daripada dikau terus merintih tanpa cuba untuk melawan….jangan menjadi orang yang rugi ye……..




Seimbangkanlah kekuatan dirimu luaran dan dalaman….apakah itu usaha luaran??? Ianya sesuatu yang engkau usahakan jelas di matamu dengan peranan anggota badanmu yakni membaca buku, ulangkaji pelajaran, membuat latihan, membuat jadual, kokurikulum, berdiskusi dan sebagainya…yang menyebabkan mindamu berfikir bahawa itu adalah seratus peratus dari dirimu sendiri. 

Sehingga suatu saat jika dirimu jatuh atau gagal…kesakitan yang engkau tanggung mungkin terlalu parah kerna engkau akan sentiasa menyatakan kekurangan dan kesilapan dirimu sendiri dan kekuatan untuk dirimu bangun kembali adalah terlalu banyak memerlukan tenaga kerna engkau terlalu bergantung kepada diri sendiri….

Berbeza jika engkau seimbangkan usaha luaran tersebut dengan usaha dalaman…formulanya : USAHA LUARAN + USAHA DALAMAN = KEJAYAAN. Apakah pula usaha dalaman???... sesuatu yang dikau usahakan yang berbentuk spiritual yang kadang-kadang jelas di matamu tapi kadang-kadang berlaku sebaliknya…..mudah kata ialah solat jemaah, puasa sunat, bacaan yasin, qiyamulail, solat hajat, amalan kebaikan kepada insan lain…dalam erti kata menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan manusia lainnya. Namun  usaha ini kadang-kadang diragui peranannya tetapi cubalah selami kejayaan insan-insan  yang cemerlang….itulah resepi kejayaan mereka semuanya

Jika yang bermain di mindamu sekarang adalah…”perlukah semua itu???...terlalu berat untuk dilakukan dan mungkin mengambil masa yang lama…betul….apa yang difikirkanmu adalah tidak salah kerana engkau berfikir mengikut fitrah dirimu…..namun tidak salah jika dikau mencuba terlebih dahulu untuk menilai kesahihan persepsimu…buatlah sesuatu bersedikitan tetapi berpanjangan berbandingan sesuatu yang besar tetapi dalam tempoh yang sedikit….kerna nilaian usahamu itulah yang diberi pahala…bukan hasilnya…….konsep tawakal itulah taruhannya…untuk meraih sayangnya Allah terhadap harapan kita.


Ana terfikir akan tiga istilah yang berbeza iaitu BIJAK, PANDAI, BIJAK PANDAI…jika diberi pilihan pastilah kita impikan untuk tergolong di antara insan-insan tersebut… Orang yang bijak adalah anugerah yang diberikan Allah mungkin bertujuan untuk menguji sejauh mana dia berusaha untuk merendahkan diri dan sentiasa berusaha walaupun secara semulajadinya dia mampu bertindak lebih baik dari orang lain walaupun dirinya tidak berusaha atau pun dia mengguna kebijaksanaannya untuk menjadi insan yang sombong…terpulang kepada persepsi dirimu sendiri untuk mencorakkannya

Berbeza dengan orang yang pandai….golongan ini adalah insan yang kuat berusaha untuk menjadikan diri sendiri daripada seseorang yang tidak tahu kepada orang yang tahu, berilmu dan beramal…..hasilnya adalah buah dari usahanya sendiri….Manakala orang yang Bijak Pandai adalah orang seimbang kedua-duanya……

Ana lebih sayangkan insan yang Pandai dan Bijak Pandai…..kerna ana memandang akan kekuatan yang mereka cuba gali untuk menyempurnakan diri sendiri… dan insan yang lebih ana sayang adalah yang seimbang luaran dan dalamannya…..kerna disaat engkau diuji akan kegagalan…kesakitan yang ditanggung adalah sederhana dan engkau mampu untuk bangun kembali untuk menjadi orang yang lebih baik kerna engkau yakin itulah emas yang Allah mahu hadiahkan kepadamu untuk selamatkan dirimu dari perkara yang mungkin akan merosakkan dan menyesatkanmu dari jalan terbaik yang engkau pilih….


Jangan terlampau berusaha tetapi perlu berusaha……kenapa ana berbicara sebegitu???....diri kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang berjaya mengikut kemampuan diri…kerna kejayaan itu akan datang seiring dengan keperluanmu terhadap kehidupan dunia…susunan Allah terhadap takdirmu adalah suatu yang terindah…..

Berbeza dengan terlampau berusaha…kerana dikau akan melintasi tahap kemampuan diri yang mungkin secara negatifnya akan menyebabkan dikau lebih tertekan dan terbeban sehingga apa dikau usahakan hanyalah keluhan bukan keinginan dan perlaksanaan tapi seandainya lintasan itu mampu membentuk sesuatu yang positif maka teruskanlah kerna engkau adalah insan biasa yang punya usaha yang luar biasa…….

Masa yang kian mencemburui ikatan antara kita tidak mematahkan semangat dan keinginan untuk berkongsi…… “perlukah pengalaman sedangkan kami masih belum ada masa silam sebagai kekuatan untuk menjadi lebih baik kerna masalah berat yang ditanggung adalah sekarang yang terpaksa kami lalui walaupun kadang-kadang ingin melarikan diri dari masalah tersebut untuk sempurnakan diri kami dengan kejayaan yang dituntut oleh kehendak dunia sekarang?”…..

Senyuman di bibir mengisi ruang masa berfikir dalam diri ana….apakah isitilah yang terbaik untuk menjadi akar yang kuat dalam diri mereka moga mudahan saat pertemuan di antara kami suatu masa akan datang membuahkan ketenangan di wajah masing-masing kerna betapa tidak rugi masa yang mereka korbankan untuk bersama-sama dengan ana…

Setiap insan punya masalah….kerna itulah fitrah perjalanan manusia…..walaupun bentuk masalah yang menimpa setiap insan adalah berbeza namun sejauh mana dikau mengawal dan mencorak akan fitrah tersebut??? Jika motivator menyatakan bahawa kreatiflah dalam mengawal masalah maka ana menyatakan bahawa berkawanlah dengan masalah diri…..kerna dirimu lebih memahami kehendak sendiri….sejauh mana pandangan orang terhadap dirimu itu adalah perkara kedua…..


Mahu tidak mahu dikau terpaksa selesaikan juga masalah tersebut namun bezanya bilakah waktu yang sesuai untuk menhadapinya??? Maka pandanglah pada keutamaan dirimu….jika masalah pelajaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu untuk dijadikah wasilah atau metod yang sempurna untuk menyelesaikan masalah keluarga…maka bersabarlah dengan keadaan….di samping harapan yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang memerlukan doa yang berpanjangan dan berturutan supaya Allah pelihara masalah kita yang satu lagi itu sehingga satu saat kita bersedia untuk menyelesaikannya.



Kak long, kak ngah, kak chik dan kak su memerlukan sokongan dan doa dari adik…..mudahan apa yang diperkongsikan menjadi wasilah untuk diri kuat menghadapi kehendak dunia….maka apa yang dik Ila mahu kongsikan…jangan menjadikan kehendak dunia itu sebagai matlamat tapi jadikan ianya sebagai wasilah untuk menghadapi kehendak Allah s.w.t di akhirat kelak…..doakan adik juga ye……. 


TO BE CONTINUE.........







Rabu, 28 Mac 2012

SEBAB-SEBAB KHILAF DI KALANGAN ULAMA’ : SATU KUPASAN


 Masalah khilafiyyah ialah masalah furu’ atau cabang dalam agama di mana para mujtahid berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad kerana pembuktiannya bersifat sangkaan dan bukan tetap ataupun pasti. Masalah-masalah yang tidak ada kesepakatan para mujtahid yang juga disebut sebagai ijtihadiyyah, khilafiyyah, furu’iyyah. Masalah-masalah yang ada kesepakatan para mujtahid disebut ittifaqiyyah atau ijma’.[1]

Namun, sejauh mana konsep khilafiyyah ini boleh terbentuk dan wujud dalam penetapan hukum fiqh? Keluasan Negara Islam yang sentiasa berkembang seiring dengan tersebarnya ajaran Islam menuntut kepada pelbagai jenis pemikiran, budaya dan adat. Hal ini menyebabkan  terdapat beberapa mazhab yang terbentuk dalam proses memudahkan penetapan hukum terhadap sesuatu perkara di tempat masing-masing.

Pada hakikatnya, dalam menetapkan sesuatu hukum walaupun akan berlaku khilaf di antara ulama atau mazhab, setiap mujtahid perlu tahu dan arif tentang adab-adab dalam berkhilaf. Hal ini mengelakkan mujtahid daripada menetapkan sesuatu hukum dan berkhilaf mengikut jalan yang salah dan terpesong sehingga meninggalkan kesan yang buruk serta negatif kepada umat.

Penghuraian serba sedikit tentang pengertian Khilaf, pembahagian dan syarat-syaratnya, adab-adab dan kesan-kesannya serta  contoh khilaf di kalangan ulama.

   PENGERTIAN KHILAF ATAU IKHTILAF

Ikhtilaf dalam bahasa Arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara dalam erti kata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. 
Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Ia membawa erti yang sama dengan ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum.[2]
Ikhtilaf menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan di akhirat.
al-Imam al-Syatibi berpndapat bahawa Khilaf ialah sesuatu yang lahir daripada hawa nafsu yang menyesatkan, bukan hasil daripada  mencari objektif syara’ dengan mengikut dalil-dalilnya. Oleh yang demikian, ia tidak diambil kira
Kalimah ikhtilaf dan khilaf mempunyai makna yang sama iaitu : “ Sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha’ dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang diperkatakan itu”.

PEMBAHAGIAN KHILAF

Khilaf terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

1.      الخلاف المقبول (Khilaf yang diterima)[3]
2.      الخلاف المذموم  (Khilaf yang dicela)[4]
                                                                                  
3.      الخلاف المعقول السائغ  (Khilaf yang harus dan dapat diterima akal)

SYARAT-SYARAT KHILAF
Khilaf yang harus dan dapat diterima akal ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qath’i (putus). Namun demikian khilaf ini dapat diterima dengan syarat-syarat berikut:
1.      Hendaklah khilaf itu berlaku di kalangan ulama fiqh dan orang yang
      berkelayakan dalam agama.

2.      Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah
      (cabang) yang tiada dalil-dalil qath’i berhubung  dengan  hukumnya.

3.      Hendaklah tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan betul.

4.      Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi
                                    mencapai kebenaran.

Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in. Namun demikian tiada seorang pun di kalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku. Hal ini kerana masing-masing bekerja untuk mencari kebenaran. Seandainya tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran maka tidak akan dipersalahkan malah dimaafkan.[5]

SEBAB-SEBAB KHILAF

 العلم تحصيل على والقدوة والفهم العقل فى التفاوت
Kemampuan menguasai ilmuan tidak sama dari segi akal fikiran dan  
kefahaman
Ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha’. Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman. Ada juga hafazannya lebih baik daripada kefahaman dan ada juga kefahamannya  lebih baik daripada hafazannya.[6] Perbezaan ini memberi kesan yang besar pada ikhtilaf para ulama Fuqaha.

 لتفاوت فى الحصيلة العامية
Perbezaan dalam pencapaian ilmu
Antara faktor yang menyumbangkan kepada khilaf fuqaha’ ialah perbezaan mereka dalam pencapaian ilmu terutamanya dalam al-Quran dan al-Hadith. Apabila seseorang lebih faqih pengetahuannya tentang al-Quran dan as-Sunnah maka hukumnya lebih hampir dengan tepat.
Tetapi untuk menguasai semua sunnah itu mat sulit malah mustahil. Hal ini kerana himpunan hadith terlalu banyak serta pandangan dan pendapat ulama yang berbeaza dalam menghukum sesuatu hadith sama ada hadith tersebut shahih mahu pun dhaif. Perbezaan ini menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan para ulama.[7]

 التفاوت فى الاحاطة بعلوم اللغة العربية
Perbezaan dalam penguasaan ilmu bahasa Arab
Perbezaan yang nyata di kalangan ulama’ dalam memahami hokum-hukum syara’ disebabkan perbezaan mereka memahami Lisan al-Arab dan penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab. Dari sini juga akan menyumbangkan khilaf di antara ulama’.[8]

   الفقهية المصادر بعض حجية مدى فى الاختلاف
Perbezaan Tentang kehujahan beberapa sumber hukum
Khilaf-khilaf ulama dalam hukum-hukum furu’, antara faktornya ialah berlaku khilaf di antara mereka tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada hokum-hukum furu’. Contohnya fuqaha’ telah khilaf tentang kehujahan al-Hadith  al-Mursal, al-Qiyas, al-Ijma’, al-‘Urf, al-Masalih al-Mursalah, al-Istihsan dan Syar’un Man Qablana.

Setiap mereka yang berpendapat satu-satu sumber itu hujah akan mengamalkannya dalam menthabitkan sebahagian hukum Syara’. Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya sebagai hujah akan menolak dan membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya selagi mana tidak ada dalil yang lain.[9]

الاختلاف فى الشروط التى يحب توافرها فى الحديث الصحيح الذى يجوز الاحتجاج به
Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadith shahih
yang boleh dijadikan hujah
Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadith Ahad, hendaklah perawi itu tidak beramal menyalahi apa yang diriwayatkannya. Tajuk hadith itu bukan daripada yang ‘Umum Balwa dan hendaklah hadith itu tidak menyalahi konsep al-Qiyas dan dasar-dasar umum dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih.

Sementara bal-Malikiyyah mensyaratkan Khabar Ahad itu hendaklah selari dengan amal Ahl al-Madinah. Hal ini kerana ianya sama dengan periwayatan daripada Rasullullah s.a.w sedangkan riwayatkan orang ramai lebih berhak diamalkannya daripada riwayat seorang sahaja. Lagipun penduduk Madinah lebih mengetahui yang terakhir warid(datang) daripada Rasullullah s.a.w.

Jumhur fuqaha’ yang terdiri daripada Asy-Syafi’iyyah, Al-Hanabilah, Azh-Zhahiriyyah, Al-Ja’fariyyah dan sebahagian fuqaha’ mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal dengan hadith Ahad itu ialah apabila riwayatnya itu shahah dan berhubung sanadnya dengan Rasullullah s.a.w. Maka hendaklah diistibatkan  hukum daripadanya serta dijadikan sbagai sumber perindangan.
Sekiranya sanad hadith itu tidak berhubung dalam erti kata hadith Mursal, mazhab syafie menerima pakai dengan syarat ianya daripada mursal  Kibar at-Tabi’in seperti perawinya Sa’id bin al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadith itu selars dengan kata-kata sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat. Namun begitu bagi mazhab Ahmad bin Hanbal pula hadith Mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang berkenaan hadith yang berhubung sanadnya.[10]

   الاختلاف فى القواعد الاصولية
Perbezaan tentang beberapa qawaid Ushuliyyah
Qawaid Ushuliyyah ialah prinsip-prinsip, metod, manhaj, cara dan kaedah-kaedah yang digubal oleh para mujtahiddin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum Syara’. Para Ulama Fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum Syara’ daripada dalil-dalilnya yang tafshili. Khilaf dalam Qawa’id Ushuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbang khilaf dalam hukum-hukum furu’ . Qawa’id Ushuliyyah ini sebahagian yang lain merujuk kepada akal.[11]


    الاختلاف فى القراءات فى القران الكريم
Khilaf tentang Qiraat dalam al-Quran al-Karim[12]

    الاختلاف بسبب تعارض الاد  لة
Khilaf disebarkan percanggahan dalili-dalil[13]

 PEMAHAMAN AL QURAN
Sesungguhnya di antara sifat-sifat bahasa Arab adalah di mana satu kalimat  boleh mempunyai erti dua atau lebih atau satu kalimat mempunyai erti yang berbeza antara erti sebenarnya (hakiki) dan erti kiasan (majazi), ataupun antara erti secara bahasa dan secara Syar’i.

Sifat-sifat bahasa Arab yang lainnya seperti: di mana satu kalimat yantg tersusun noleh mempunyai dua erti yang berbeza disebabkan masuknya huruf tertentu dalam kalimat tersebut.

Seperti yang diketahui, bahawa al-Quran dan al-Hadith menggunakan bahasa Arab, tentunya di dalam isi kedua-duanya terdapat bahasa Arab yang mempunyai keistimewaan (sifat-sifat) iaitu mempunyai beberapa kemungkinan dalam makna dan isinya kemudian terjadi perbezaan dalam memahami apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah.[14]



  PEMAHAMAN AL-HADITH
Sebab-sebab yang berkaitan dengan as-Sunnah pula kembali kepada tiga sisi iaitu: sisi periwayatan, sisi perbuatan Rasul dan kaitannya dengan umat Islam serta sisi nasikh (penghapus) dan mansukh (yang dihapus) dari beberapa hadith.
Satu hadith terkadang sampai kepada salah seorang imam, namun pada saat yang sama kepada jalurnya tidak sama. Atau sampai kepada kedua-duanya akan tetapi dengan jalan yang berbeza di mana imam yang pertama  menerimanya dengan jalan periwayatan yang dapat dijadikan hujah dan yang lainnya tidak sedemikian.
Atau kedua-duanya menerima hadith tersebut melalui satu jalur namun salah satu pihak melihat bahawa dalam hadith tersebut ada sebahagian perawi yang lemah sementara yang pihak yang lain tidak sedemikian.
Atau hadith tersebut diterima oleh kedua-duanya dari satu jalur dan mereka sepakat tentang semua sifat-sifat kesahihan perawinya, namun pihak yang pertama memberi syarat dalam mengamalkan hadith tersebut sementara yang lain tidak sebegitu.
Perbezaan pendapat dalam segi periwayatan ini berkembangan sangat luas di kalangan para ulama yang barangkali menjadi penyebab munculnya perbezaan paling luas mengenai hukum-hukum yang bersumber dari sunnah, sama ada yang berstatus sebagi sumber hukum yang berdiri sendiri mahu pun yang berfungsi sebagai penjelas bagi al-Quran.
Adapun perbezaan yang penyebabnya muncul dari segi perbuatan Rasullullah s.a.w adalah sebagaimana yang diketahui bahawa ada beberapa pekerjaan yang dikhususkannya hanya untuk Rasul dan tidak untuk umatnya sama ada yang berupa kewajipan atas baginda s.a.w dan tidak semestinya dilakukan oleh umatnya.[15]

ADAB-ADAB KHILAF
Syeikh Mohd Saleh menggariskan adab-adab yang perlu diambil perhatian apabila berhadapan dengan masalah khilaf.Antaranya ialah:

Setiap orang mesti membersihkan dirinya daripada sebarang sentiment ta’asub mazahab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecah-belahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, Malah ia merupakan aliran penrafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah penyelidikan serta kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum-hukum yang diturunkan Allah s.w.t.

Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka serta kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

Kita tidak harus memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menetang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum-hukum yang disepakati para ‘ulama.

Kita mesti beradab dengan ulama yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melemparkan tuduhan kalimah Bid’ah Dhalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah.

Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalam yang kita tidak sependapat dengannya sebagai sesat, pembuat bid’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang nberlagak alim besar menghentam ulama-ulama silam yang tidak selairan dengannya sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu adalah merupakan khilaf yang lama. Lebih dahsyat dari itu apabil terdapat sebahagian mereka yang beradab menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan.

Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah khilafiyyah. Amat tidak baik kalai seseorang pendakwah itumembangkitkan perkara-perkara remeh dan khilafiyyah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.[16]

 KESAN-KESAN KHILAF
Perbezaan pendapat di kalangan mazhab menyebabkan wujudnya beberapa kesan. Di antaranya ialah:
       Wujudnya golongan yang terlampau taksub dengan mazhab masing-masing sehingga menolak mazhab-mazhab lain sehingga melabelkan golongan-golongan yang berpegang dengan mazhab lain adalah sesat, bid’ah, khurafat dan kafir.
        Wujudnya golongan yang menolak untuk berpegang dengan mana-mana mazhab atas alasan hanya perlu berpegang kepada al-Quran dan al-Hadith sahaja.
        Wujud keinginan pada sesetengah individu untuk mencampur-adukkan hukum-hukum daripada beberapa mazhab dalam melaksanakan sesuatu ibadah dan perkara. 

   CONTOH KHILAF
                            
 MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA BERTASYAHHUD
Persoalan hukum menggerakkan jari telunjuk di dalam adalah termasuk di dalam masalah furu’(cabang) dalam masalah feqah  dan ia tidak perlu dipanjangkan memandangkan ia nsudah dijawab dengan adanya pandangan mazhab tentangnya.
Terdapat pihak yang mendakwa yang sunat hanyalah menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud secara berterusan sehingga salam dan selesai solatnya. Manakala tidak menggerakkan sedemikian adalah tidak sunat kata mereka. Pendapat ini adalah pendapat yang kurang teliti mengenai hukum.
Antara salah satu hadith yang menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w tidak menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud ialah:
Dari Ibn Zubair berkata:
أنه كان يشير بالسبابة لا يحركها ولا يجاوز بصره اشارته
“Sesungguhnya Rasullullah s.a.w mengisyaratkan dengan jari telunjuknya. Baginda tidak menggerakkannya dan tidak melampaui pandangan Baginda atas syaratnya.”

Dari Ibn Umar:

أن رسول الله اذا قعد فى التشهد وضع يده اليمنى علىركبته اليمنى وقعد ثلاثة وخمسين وأشار بسابة
“Adalah Rasullullah s.a.w apabili duduk dalam tasyahhud, Baginda s.a.w meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dan menyimpulkan (menggenggam jari jemarinya seperti nombor) lima puluh tiga, mengisyaratkan (mengangkat) dengan jari telunjuknya”.

      Hadith tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan “menggerakkan jari” ialah dengan “mengisyaratkan jari tanpa berterusan menggerakkannya”.

Manakala menurut pendapat ulama:
Menurut mazhab Syafi’e, sunat mengangkat jari telunjuk ketika mengucap kalimah “illallah”, dan terus diangkat tanpa menggerak-gerakkan sehingga berdiri (untuk tahiyyat awal) dan sehingga mengucapkan salam dalam tahiyyat akhir dengan membengkokkan sedikit jari telunjuk. Jumhur ulama Syafie menyatakan makruh menggerak-gerakkan telunjuk waktu tasyahhud.
Imam Nawawi ketika ditanya tentang menggerakkan jari (telunjuk) di dalam solat menjawab:
“Disunatkan mengangkat jari telunjuk dari tangan kanan ketika melafazkan huruf hamzah pada kalimah (الله الا( sekali sahaja tanpa menggerak-gerakkannya. Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakkannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini tidak membatalkan solat. Demikian menurut pendapat yang shahih. Dikatakan juga iaitu menurut pendapat yang lemah akan batal solatnya”.

Menurut mazhab Hanbali pula, jari telunjuk diangkat setiap kali mengucapkan lafaz Jalalah (iaitu lafaz Allah), dan tidak menggerakkannya.
Syeikh ulama mazhab Hanbali, Ibn Qudamah menyebut di dalam al-Mughni:
ويشير بالسبابة يرفعها عند ذكر الله فى تشهده لما روى عبد الله بن الزبير.....وذكر حديث (لا يحركها)
“Dan hendaklah dia mengisyaratkan dengan jari telunjuk, mengangkatnya ketika menyebut Allah dalam tasyahhudnya seperti apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zubair…dan beliau menyebutkan hadith (يحركها لا)”

Menurut mazhab Maliki pula ialah hendaklah jari jemari digenggam selain jari telunjuk digerak-gerakkan ke kanan dan ke kiri secara perlahan.
Hadith ini adalah riwayat Wa’il bin Hajar yang menyebutkan Baginda s.a.w meletakkan kedua tangannya ketika bertasyahhud kemudian dia(Wa’il) berkata:
ثم رفع أصبعه فرأيته يحركها يدعو بها
“Kemudian Baginda mengangkat jari telunjuknya lalu aku melihat Baginda menggerak-gerakkannya berdoa dengannya.”
Hadith ini shahih melainkan lafaz يحركها, ia adalah syaz tidak shahih. Za’idah bin Qudamah adalah seorang yang thiqah, tetapi hanya dia seorang yang meriwayatkan begitu dan menyalahi lebih 11 orang perawi yang thiqah yang meriwayatkannya tanpa lafaz tersebut.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa jari jemari semuanya dilepaskan, tidak perlu digenggam ketika membaca tasyahhud. Jari telunjuk diangkat ketika mengucapkan kata nafi dalam kalimah syahadah iaitu kalimah syahadah iaitu kalimah “La” dalam “La ilaha illAllah”.                                                                                                                                                                                                                                                                
Secara kesimpulannya, disebut di dalam kitab “Tuhfah al-Ahwazi” karangan Syaikh al-Mubarakfuri, kitab as-Solah an Rasulillah, bab Ma Ja’a fi al-Isyarah(fi at-Tasyahhud) yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang dua hadith yang berlawanan dalam perkara menggerakkan jari telunjuk ketika berisyarat (di dalam sembahyang). Maka diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa’I dari Abdullah ibn Zubair berkata: “Adalah Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan jari telunjuknya ketika berdoa (ketika tasyahhud) dan Baginda s.a.w tidak menggerakkannya”. Imam Nawawi mengatakan: Isnadnya shahih. Hadith ini secara jelas menunjukkan atas tidak ada gerakan jari dan ia adalah pendapat Imam Abu Hanifah. Hadith Wa’il bin Hajar pula menunjukkan  atas adanya gerakan jari dan ia adalah yang dipilih oleh Imam Malik, Imam al-Baihaqi berkata: Ihtimal yang dimaksudkan dengan “menggerakkan jari” ialah “memberi isyarat dengannya”, bukanlah “berulang-ulang menggerak-gerakkannya”, (Jika diterima maksudnya sehingga “berulang-ulang menggerak-gerakkannya”, ia boleh membawa) sehingga bertentangan dengan hadith az-Zubair yang di sisi Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i dan Ibn Hibban pada shahihnya dengan lafaz “Adalah Rasullullah s.a.w mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan Baginda tidak menggerakkannya dan tidak melampaui pandangan Baginda atas isyaratnya. Imam as-Syaukani menyatakan di dalam Nail: Dan dari apa yang ditunjuki atas apa yang disebut oleh al-Baihaqi ialah riwayat Abu Daud pada hadith Wa’il yang riwayat itu dengan lafaz :  Dan Baginda s.a.w  mengisyaratkan dengan jari telunjuknya. Intaha”.[17]

  PENUTUP

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam mujtahidin, ada yang disepakati ulama-ulama yang berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di kalangan imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulama-ulama dalam mazhab yang sama.
Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad adalah suatu perkara yang tabi’i (biasa) malah pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.
Pandangan atau pendapat yang mencadangkan supaya menyatukan mazhab-mazhab yakni meleburkan dan mengorbankan pendapat, pandangan dan ijtihad sendiri semata-mata untuk berpegang kepada satu mazhab sahaja adalah perkara yang tidak relevan. Hal ini kerana perkara ini bercanggahan dengan konsep dan tuntutan ijtihad itu sendiri. Seseorang yang mampu berijtihad dan mampu beramal dengan hukum  yang dihasilkan oleh ijtihadnya sendiri maka tidak harus dia bertaqlid atau berpaling daripada mazahabnya kepada pandangan orang lain. Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama mujtahid yang menjadi pilihannya.                                                                                             


[1] Taudhih al-Adillah. 2000. hlm.1
[2] Ini kerana khilaf  itu sebahagian daripada (Ad-din) dan tidak semestinya setiap ndua benda yang berbeza itu            berlawanan walaupun dua benda yang berlawanan itu berbeza.
[3] Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyariatkan itu berbagai-bagai Cuma ulama berbeza pendapat tentang yang mana yang lebih afdal dan yang mana patut diberi keutamaan.
[4] Ia berpunca daripada empat sebab iaitu kejahilan, kezaliman dan penderhakaan, mengikut hawa nafsu dan menyalahi manhaj nabawi dalam penerimaan hukum syara’ dan cara mengamalkannya.
[5] Muhadirbin Haji Joll. 2010. hlm. 131-132
[6] Ibid. hlm. 132
[7] Ibid. hlm. 133
[8] Ibid
[9] Ibid. hlm. 134
[10] Ibid. hlm. 134-135
[11] Ibid. hlm. 135-136
[12] Ibid. hlm. 136
[13] Ibid
[14] Abdul Qadir Rahbawi. 2010. hlm.24
[15] Ibid. hlm. 28
[16] Muhadir bin Haji Joll. 2010. Hlm. 137-149
[17] Ibid. hlm. 192-204