Isnin, 7 Mei 2012

RAIKAN FITRAHMU.....




Kian siang merangkak hilang menyusulkan malam buat hamparan penghuni bumi….jemari ini bergelodak untuk menaip di atas papan kekunci….Alhamdulillah ya Rabbi….Engkau berikan daku peluang untuk mengenali hati-hati yang suci itu….tulus mendambakan bimbingan……Tiap detik masa yang berlalu memberi ruang kenangan yang cukup indah untuk diingati dan diberi pengalaman yang sangat menakjubkan….

Saat bas bertolak ke destinasi program…..sentimen yang bermain di minda….”ape ye buah tangan yang mahu diberikan buat adik-adik ini seiring tugas yang diamanahkan”….sejenak diri membuat keputusan “biar sederhana, janji akar yang terpasak di hati mereka itu berjaya diusap dan digilap buat buah tangan bertemu dengan Ilahi”…Alhamdulillah…mudahan langkah kaki yang mula bertapak di destinasi ini tetap utuh kuat memahamkan adik-adik tersayang….


Pertemuan pertama bersama adik-beradik yang bakal mengambil peperiksaan SPM…subhanallah…pasti ada hikmah di sebalik aturan ini…..empat insan yang sudi bermain mata, hati, akal dan jiwa dengan insan kerdil ini…..benarlah bicara orang bijak pandai… jangan disangka air yang tenang tiada buaya…..langkah taaruf memecahkan kebekuan dan kekakuan dalam mencari titik persamaan di antara kami berlima…… mudahan usaha yang sekecil ini dipandang Allah dalam mengislah diri ana dan jiwa-jiwa insan yang engkau pilih Ya Allah…..



“Duhai jiwa-jiwa yang lembut….pengalaman itu perlu dalam kehidupan…walaupun sesusah mana hidupmu, sebeban mana dugaan yang menimpamu itu tanda sayangnya Allah padamu atas kesanggupan engkau menghadapinya.”…Keseimbangan yang bagaimana dikehendaki oleh naluri fitrah dirimu???...ana  juga tidak punya jawapan yang tepat kerana ianya satu yang terlalu subjektif untuk diperhalusi dan dibahaskan…namun yang menjadi pokok pangkal dalam perjalanan hidupmu ialah sejauhmana dirimu cuba untuk seimbang luaran dan dalamanmu……

Kerinduan dirimu terhadap bicara sebegini memberi kekuatan pada diri ana untuk sumbangkan sesuatu walaupun hanya sekadar di belakang kerna betullah kata pakar-pakar perubatan bahawa betapa pentingnya postur tulang belakang kepada manusia dalam bergerak begitu juga secara seninya motivasi hidup manusia. Saat luluh melayan kejatuhan semangat diri, jiwamu perlu tangan yang sudi bertaut memberi kekuatan…

“Beratnya bebanan yang bermain di kepala!!!”….betul bicaramu itu…begitu beratnya yang dirimu fikirkan…..kenapa engkau merasakan sebegitu?….kerna dirimu meletakkan situasi yang sebegitu….sebagaimana firman Allah di dalam hadith qudsi “INNI MA’A ZONNI ‘ABDI”…maksudnya “Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hambaKu”….jika itu sangkaanmu maka itu jugalah yang Allah berikan padamu…jangan memberatkan sesuatu yang Allah s.w.t sudah ringankan kepada kita……hadapilah…

Jangan takut untuk mempelbagaikan usaha diri….moga saat ketakutan itu dihapuskan jiwamu akan puas kerna engkau berani untuk meninggalkan kelemahan dirimu daripada dikau terus merintih tanpa cuba untuk melawan….jangan menjadi orang yang rugi ye……..




Seimbangkanlah kekuatan dirimu luaran dan dalaman….apakah itu usaha luaran??? Ianya sesuatu yang engkau usahakan jelas di matamu dengan peranan anggota badanmu yakni membaca buku, ulangkaji pelajaran, membuat latihan, membuat jadual, kokurikulum, berdiskusi dan sebagainya…yang menyebabkan mindamu berfikir bahawa itu adalah seratus peratus dari dirimu sendiri. 

Sehingga suatu saat jika dirimu jatuh atau gagal…kesakitan yang engkau tanggung mungkin terlalu parah kerna engkau akan sentiasa menyatakan kekurangan dan kesilapan dirimu sendiri dan kekuatan untuk dirimu bangun kembali adalah terlalu banyak memerlukan tenaga kerna engkau terlalu bergantung kepada diri sendiri….

Berbeza jika engkau seimbangkan usaha luaran tersebut dengan usaha dalaman…formulanya : USAHA LUARAN + USAHA DALAMAN = KEJAYAAN. Apakah pula usaha dalaman???... sesuatu yang dikau usahakan yang berbentuk spiritual yang kadang-kadang jelas di matamu tapi kadang-kadang berlaku sebaliknya…..mudah kata ialah solat jemaah, puasa sunat, bacaan yasin, qiyamulail, solat hajat, amalan kebaikan kepada insan lain…dalam erti kata menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan manusia lainnya. Namun  usaha ini kadang-kadang diragui peranannya tetapi cubalah selami kejayaan insan-insan  yang cemerlang….itulah resepi kejayaan mereka semuanya

Jika yang bermain di mindamu sekarang adalah…”perlukah semua itu???...terlalu berat untuk dilakukan dan mungkin mengambil masa yang lama…betul….apa yang difikirkanmu adalah tidak salah kerana engkau berfikir mengikut fitrah dirimu…..namun tidak salah jika dikau mencuba terlebih dahulu untuk menilai kesahihan persepsimu…buatlah sesuatu bersedikitan tetapi berpanjangan berbandingan sesuatu yang besar tetapi dalam tempoh yang sedikit….kerna nilaian usahamu itulah yang diberi pahala…bukan hasilnya…….konsep tawakal itulah taruhannya…untuk meraih sayangnya Allah terhadap harapan kita.


Ana terfikir akan tiga istilah yang berbeza iaitu BIJAK, PANDAI, BIJAK PANDAI…jika diberi pilihan pastilah kita impikan untuk tergolong di antara insan-insan tersebut… Orang yang bijak adalah anugerah yang diberikan Allah mungkin bertujuan untuk menguji sejauh mana dia berusaha untuk merendahkan diri dan sentiasa berusaha walaupun secara semulajadinya dia mampu bertindak lebih baik dari orang lain walaupun dirinya tidak berusaha atau pun dia mengguna kebijaksanaannya untuk menjadi insan yang sombong…terpulang kepada persepsi dirimu sendiri untuk mencorakkannya

Berbeza dengan orang yang pandai….golongan ini adalah insan yang kuat berusaha untuk menjadikan diri sendiri daripada seseorang yang tidak tahu kepada orang yang tahu, berilmu dan beramal…..hasilnya adalah buah dari usahanya sendiri….Manakala orang yang Bijak Pandai adalah orang seimbang kedua-duanya……

Ana lebih sayangkan insan yang Pandai dan Bijak Pandai…..kerna ana memandang akan kekuatan yang mereka cuba gali untuk menyempurnakan diri sendiri… dan insan yang lebih ana sayang adalah yang seimbang luaran dan dalamannya…..kerna disaat engkau diuji akan kegagalan…kesakitan yang ditanggung adalah sederhana dan engkau mampu untuk bangun kembali untuk menjadi orang yang lebih baik kerna engkau yakin itulah emas yang Allah mahu hadiahkan kepadamu untuk selamatkan dirimu dari perkara yang mungkin akan merosakkan dan menyesatkanmu dari jalan terbaik yang engkau pilih….


Jangan terlampau berusaha tetapi perlu berusaha……kenapa ana berbicara sebegitu???....diri kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang berjaya mengikut kemampuan diri…kerna kejayaan itu akan datang seiring dengan keperluanmu terhadap kehidupan dunia…susunan Allah terhadap takdirmu adalah suatu yang terindah…..

Berbeza dengan terlampau berusaha…kerana dikau akan melintasi tahap kemampuan diri yang mungkin secara negatifnya akan menyebabkan dikau lebih tertekan dan terbeban sehingga apa dikau usahakan hanyalah keluhan bukan keinginan dan perlaksanaan tapi seandainya lintasan itu mampu membentuk sesuatu yang positif maka teruskanlah kerna engkau adalah insan biasa yang punya usaha yang luar biasa…….

Masa yang kian mencemburui ikatan antara kita tidak mematahkan semangat dan keinginan untuk berkongsi…… “perlukah pengalaman sedangkan kami masih belum ada masa silam sebagai kekuatan untuk menjadi lebih baik kerna masalah berat yang ditanggung adalah sekarang yang terpaksa kami lalui walaupun kadang-kadang ingin melarikan diri dari masalah tersebut untuk sempurnakan diri kami dengan kejayaan yang dituntut oleh kehendak dunia sekarang?”…..

Senyuman di bibir mengisi ruang masa berfikir dalam diri ana….apakah isitilah yang terbaik untuk menjadi akar yang kuat dalam diri mereka moga mudahan saat pertemuan di antara kami suatu masa akan datang membuahkan ketenangan di wajah masing-masing kerna betapa tidak rugi masa yang mereka korbankan untuk bersama-sama dengan ana…

Setiap insan punya masalah….kerna itulah fitrah perjalanan manusia…..walaupun bentuk masalah yang menimpa setiap insan adalah berbeza namun sejauh mana dikau mengawal dan mencorak akan fitrah tersebut??? Jika motivator menyatakan bahawa kreatiflah dalam mengawal masalah maka ana menyatakan bahawa berkawanlah dengan masalah diri…..kerna dirimu lebih memahami kehendak sendiri….sejauh mana pandangan orang terhadap dirimu itu adalah perkara kedua…..


Mahu tidak mahu dikau terpaksa selesaikan juga masalah tersebut namun bezanya bilakah waktu yang sesuai untuk menhadapinya??? Maka pandanglah pada keutamaan dirimu….jika masalah pelajaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu untuk dijadikah wasilah atau metod yang sempurna untuk menyelesaikan masalah keluarga…maka bersabarlah dengan keadaan….di samping harapan yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang memerlukan doa yang berpanjangan dan berturutan supaya Allah pelihara masalah kita yang satu lagi itu sehingga satu saat kita bersedia untuk menyelesaikannya.



Kak long, kak ngah, kak chik dan kak su memerlukan sokongan dan doa dari adik…..mudahan apa yang diperkongsikan menjadi wasilah untuk diri kuat menghadapi kehendak dunia….maka apa yang dik Ila mahu kongsikan…jangan menjadikan kehendak dunia itu sebagai matlamat tapi jadikan ianya sebagai wasilah untuk menghadapi kehendak Allah s.w.t di akhirat kelak…..doakan adik juga ye……. 


TO BE CONTINUE.........