Isnin, 25 Jun 2012

Bicara Doa Insan





Gelap malam mendung membaluti kekuatan ke dalam diri mencari ruang pada satu jawapan yang sentiasa dinanti-nanti oleh minda... Mengapa ana sentiasa mencari ruang di waktu malam ye...mungkin ketenangan seiring bayu lembut malam yang sejuk menenangkan hati......insyaAllah...


Pandangan mata tenang
Menentang badai di hati
Oh Tuhan tinggi cintaMU
Ku beli dengan pengorbanan nafsuku

Ku ingin bebas seperti lain
Selangkah ku menapak
Ku getar melanggar sempadanku
Kerna itu palsu semata

Mujur Kau didik imanku
Sempadan hiasi jiwaku
Sekali ku tersilap
Indahnya hikmah Engkau menegurku

Mencari ruang setulus bicara doa hamba...memohon diperkuatkan iman melangkah seharian di muka bumi mu... Ruang kesyukuran ku panjat atas pengorbanan dan kecekalan futuhat-futuhat Islam melebarkan sayap keindahan Islam ke pelusuk dunia.... Sehingga ku kenal apa itu syahadah... 

Seharian ku tatap wajah sahabat seperjuangan ...jernih dan tabahnya mereka mencontohi kekuatan futuhat-futuhat dahulu memperkuatkan keindahan Islam ke pelusuk ruang sekeliling yang mereka ada... tidak terhitung akan segala kebaikan yang mereka lakukan...cukup di hati mereka yakin bahawa ganjaran syurga itu lebih tinggi daripada jawatan serta anugerah yang mereka perolehi di dunia....Mereka juga dikelilingi insan-insan soleh yang sentiasa menegur ketika mereka terlupa serta menyalurkan ketabahan ketika mereka lemah.. Doaku mudahan Allah kurniakan kemenangan di pihak mereka kerna mereka sedang mengusahakan kegemilangan agamaMU ya Allah...perkenankanlah...


Ku tatap pula wajah sahabat seperjuangan yang lain...medan perjuangan yang berbeza serta matlamatnya juga mungkin sama  mudahan insyaAllah...semuanya berkejaran mencari pahala buat bekalan di akhirat kelak.... Ruang dakwahnya mungkin bergerak seiring kemampuan mereka dan mungkin lebih baik...mudahan insyaAllah...


Bicara Doa Insan :
Ku menanti tibanya
Namun khuatirku tidak disambut
Ku mula ragu
Tapi sebenarku silap

Aku mengharapkan mentari
Tapi Kau kurniakan hujan
Kerna menguji nilaianku
Rupanya kau hadiahkan pelangi buatku

Kadang-kadang jangan diragui
Segala kekurangan diri
Hadiah dari Ilahi
Penyelamat dari egois

Jangan mudah bongkak wahai diri
Kelebihan anugerahNya buatmu
Atas dasar ujian nilaianmu
Mudahan ada keindahan mentari di situ

Perjalanan hidup ibarat roda...
Hidup ada nilaian perkongsian
Ada yang sudi menghulurkan bahu
Ada yang sudi menghadiahkan tisu

Ada yang sudi berbicara
Ada yang sudi berdiam kata
Semuanya punya nilaian rahsia
Sejauhmana gambaran kita mewarnakannya

Tak mengapa wahai diri
Jika sekarang langkahmu diikat
Suatu hari akan ada yang sudi membukanya
Kerna kesudian ia melangkah bersamamu

Tersenyumlah wahai diri
Walaupun Engkau tak mampu berkongsi
Kerna nilaian ganjaran kesabaranmu
Tinggi di sisiNya kerna kau redha


Ahad, 24 Jun 2012

-Kaca Mata / Kanta Lekap?-



Sempoian angin di waktu siang walaupun hembusannya seiring dengan haba kepanasan namun perjalanan di waktu sebegini mungkin menghadiahkan hikmah yang tidak disangka-sangka. Di tambah dengan kegelapan penglihatan manusia yang sentiasa mencari arah cahaya dalam dirinya. Ana tenang melayan lagu nasyid lama yang sesuai dengan apa yang fikirkan di minda...

 "Fatamorgana" nyanyian kumpulan Hijjaz.. cantik video klipnya bertema seorang budak kecil yang bertatih menelusuri dunia tanpa mengetahui apa yang bakal dirinya tempuhi dan apakah cukup persiapannya menghadapi dan menelusuri jalan yang lurus dengan ujian hidup yang mencabar menuju jalan yang hakiki iaitu jalan akhirat.

"Sabar menempuh jalan, tetapkan iman di hati, yakinkan janji Tuhan, syurga yang sedia menanti, imanlah penyelamat, dunia penuh pancaroba, hidup akhirat kita kekal bahagia"... menarik adunan bahasanya menghadiah kemerduan hidayah di hati manusia yang sudi mendengarnya dengan mata hati.


Mata.. anugerah Allah s.w.t untuk manusia yang amat berharga. Namun mata yang bagaimana? Mata fizikal yang sentiasa menghantar pandangan yang mungkin benar atau sekadar fatamorgana semata-mata tentang pelbagai sudut dalam dunia. Tapi Allah hadiahkan sesuatu punya hikmahnya yang tersendiri.... Sejauh mana kita menggunakannya untuk kebaikan atau sebalik? Mudahan Allah s.w.t beri kekuatan pelihara mata mudahan menjadi mata yang dicintai oleh Allah s.w.t. Jika dulu kita silap menjaga mata maka kita dan ana juga masih sempat untuk berazam bersama yang lain untuk memelihara mata supaya menjadi mata yang dicintai Allah s.w.t.



Ana tersenyum mengingatkan kenapa boleh wujud kaca mata ye? begitu juga pengaplikasiannya yang lebih canggih iaitu kanta lekap (contact lense)... kemajuan sains seiring tuntutan biologi manusia mungkin... Ana teringat kisah seorang sahabat yang rabun tanpa berkaca mata bertawakal sekuat hatinya berjalan seorang diri ke pekan semata-mata mahu membeli barang yang penting. Bermula dengan menunggu bas rapid ke pekan...hampir terlepas kerna tak perasan...alhamdulillah mujur pak cik driver tu baik hati walaupun hampir terlepas stesen...dia berhenti walaupun dia tak tahu bahawa penumpang yang sorang ni tak nampak dengan baik...mujur sahabat masih nampak warna bas tersebut.... 

Setelah selesai urusan penting... Satu lagi kerisauan yang bermain dalam diri..."Innalillah...bagaimana ana nak cari kod bas untuk pulang ke kolej ye?...mudahan Allah atur perjalanan ana sebaiknya pada hari ini"... usai sahabat ana berdoa... digerakkan kaki untuk turun di mana-mana stesen... sejurus turun dari tangga satu stesen...takdir Allah s.w.t menentukan bahawa sememangnya bas yang pulang ke kolej betul2 di ruang stesen yang sahabat ana turun (setelah diamati dengan lebih dekat)....(perkara yang sama menimpa ana hari ini...sangat-sangat menarik)

Kadang-kadang peristiwa sebegini adalah biasa di mata orang yang dapat melihat dengan baik tetapi ianya merupakan satu nikmat yang besar bagi seseorang yang Allah s.w.t tarik sedikit nikmat penglihatannya iaitu rabun ditambah power speknya yang agak tinggi.. Ana termenung mencari hikmah peristiwa tersebut dengan kehidupan seharian kita yang sentiasa berinteraksi dengan biologi dan sinergi alam.... Allah s.w.t sentiasa menyarankan kita mengambil 'ibrah yakni pengajaran dari setiap yang berlaku di alam sekeliling kita...

Firman Allah s.w.t dalam surah Huud ayat 24 yang bermaksud:

"Bandingan dua golongan (yang kafir dan Yang beriman) itu samalah seperti orang Yang buta serta pekak, Dengan orang Yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (setelah kamu mengetahui Yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?”

Apakah pengajaran yang ana boleh kaitkan dengan konsep fatamorgana ye?... 

Kadang-kadang dalam hidup, kita banyak memandang yang palsu berbanding yang tulen sebab permainan hidup mengatakan yang palsu itu indah dan yang tulen itu susah dan mustahil... Sebab itu ramai yang mengatakan bahawa Islam itu susah untuk diamalkan..sebenarnya Islam itu mudah jika selami dan amalkan sesuai dengan apa yang dituntut dalam Islam......

Cuba kita selami kembali mengapa Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.”

Cuba telusuri kembali mengapa Allah s.w.t mensyariatkan solat fardhu dalam hidup manusia untuk manusia bermeditasi serta berinteraksi dengan Allah s.wt dan bukannya yoga? Mengapa Allah mensyariatkan puasa untuk manusia menjaga kesihatan badan dan bukannya melalui gym atau sebagainya yang berkaitan.. Mengapa Allah mensyariatkan zakat dan bersedekah untuk menyucikan harta dan bukannya berboros pada jalan pembaziran dan kedekut dalam kebakhilan. 


Dua persimpangan jalan hidup dipilih oleh manusia untuk menentukan gambaran hidupnya... Tetapi sejauh mana hebat atau kurangnya kita sekarang bukan penentu mutlak untuk pengakhiran hidup kita kelak...kadang-kadang apa yang kita nampak sekarang adalah salah satu fenomena fatmorgana dunia yang mungkin boleh menjadi fitnah seandainya kita tidak cuba untuk terus beristiqamah memohon penetapan hati di jalan iman..... 

Kita melangkah atas bumi Allah s.w.t dengan anugerah mata yang mungkin tertipu dengan fatmorgana dunia yang sangat hebat cabarannya dari pelbagai sudut (fenomena pentadbiran dunia yang meruncingkan kerna meletakkan konsep Islam itu jauh dari hidup masyarakat, fenomena keadaan sekeliling yang memberi pengaruh yang kuat untuk manusia takut untuk berubah ke arah yang lebih baik).... 

Namun tak semua yang tertipu dengan fatamorgana dunia kerna golongan ini bergerak atas dasar mata hati yang sentiasa cuba untuk disucikan walaupun hidupnya nampak asing dari manusia lain yang leka dengan dunia... kerna menempuh fatamorgana tersebut dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t...(mungkin sedikit perkaitan dengan peristiwa yang menimpa sahabat ana).



Tetapi hati kita Allah s.w.t yang pelihara, maka tak mustahil kita mampu berubah ke arah kebaikan jika kita sentiasa pohon padanya...usah pedulikan kata-kata tohmahan atau bicara sinis yang menghalang dirimu untuk berubah kepada yang lebih baik....kerna kadang-kadang apabila mata manusia telah rosak untuk menilai...maka mereka akan menggunakan kaca mata atau kanta lekap yang lain untuk menjelaskan pandangan dan penglihatan mereka terhadap sesuatu perkara... 

Cuma terpulang pada manusia untuk memilih kaca mata yang bagaimana...adakah dengan kaca mata yang anti silau terhadap tipu daya syaitan dan pengajaran serta pegangan terhadap al-Quran & Hadith supaya tidak sesat atau kaca mata lama yang dikaburi dengan habuk kekotoran dunia tanpa cuba untuk menggantikannya dengan yang baru atau cucikan ia dengan kain dari hamparan keimanan..... 

Mudahan mata di dunia ini dikuatkan dengan mata hati yang sentiasa mencari kebenaran dalam hidupnya untuk menemui cintaNya yang hakiki.... dengan berusaha untuk menuai benih ibadah dan ikhlas untuk hasilnya di akhirat kelak....Kerna setiap sudut hidup kita adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah s.w.t....


(Sebenarnya semua orang memakai kaca mata dalam hidup seharian maka tegurilah insan yang memakai kaca mata yang salah kerna mungkin dia dikaburi tetapi tiada yang menegurinya...tetapi kita hanya mampu membantu kerna tidak mahu dia tersilap dan terjatuh.....juga kerna yang mampu menghantarkan air mata keinsafan hanyalah Allah s.wt...kuatkanlah ianya dengan doa dan tawakal untuk diri sendiri mudahan dikurniakan pilihan kaca mata yang berkualiti serta bersesuaian dengan tuntutan Islam sebenarnya)













Khamis, 21 Jun 2012

- Saat Nota Berbicara -



Cetusan rindu pada sucinya hati.....seiringi sendunya pada kotornya sekeping hati....Bicara malam rindu menyapa ana...mengajak ana merenung akan gelapnya ia bukan bererti tiada cahaya yang cuba merapati....malam itu tersimpan seribu rahsia manusia.....cerahnya ia kerna sudinya matahari meminjamkan cahaya...membantu hambaNYA berkhalwat bersama Yang Maha Khaliq....gelapnya malam seiring sedihnya ia akan khilaf manusia dalam dunia yang penuh noda....Sepoian angin mengajak ana berdiskusi dengan nota hati, nota iman serta nota akal......indahkah cinta manusia?... kadang-kadang sakit dan kadang-kadang manis......

kata nota hati : "indahnya cinta manusia yang sedia memberi dan saling lengkap-melengkapi fitrah manusia. tapi sangat sakit jika ada yang saling melukai..mungkin kerana ingin mencuba atau sekadar menyempurnakan keinginan hati"


Kata nota akal : "mungkin sekadar ingin menguji sejauh mana indahnya cinta manusia? teringin ingin membandingkan dengan cinta Ilahi yang tiada taranya....atau mungkin sekadar ingin mencari kelemahan manusia"


Kata nota iman : "Cinta itu fitrah..tiada yang salah tentang ia..sangat-sangat indah untuk dititpkan pada manusia kerna manusia amat perlukan perasaan itu...kerna perasaan adalah teras diri manusia..namun bergantung kepada bagaimana manusia hendak mencoraknya...namun cinta manusia ini indah seandainya tunjangnya adalah hakikat dan matlamatnya adalah cinta Ilahi...yang selainnya adalah wasilah"


Terkedu diri ana mendengar diskusi "mereka"....membawa ana ke menerpa ke memori terdahulu akan wasilah ilmu yang sering membicarakan tentang cinta manusia....jujur....amat memilukan andainya cinta manusia yang digarap melalui jalan-jalan yang menyedihkan.....resahnya seringkali membawa diri bermuhasabah akan silapkah perhitungan diri dalam memilih antara cinta Ilahi yang tiada nodanya...atau fitrah manusia? Kerna fitnah yang menerpa ibarat Tsunami yang melanda....kerna manusia ini adalah makhluk yang sentiasa ada khilafnya. Mudahan Allah s.w.t sudi tunjukkan jalan yang terbaik..Allahumma amien.





- Simpuhan (^_^) Senyuman-


Saat hati dibelai tarbiyah
Melingkar lembut membuka hijab hati
Kesukaran dihadapi dengan senyuman
Pahitnya diharungi dengan gurau senda
Tanda tabah tika diuji


Namun teman
Wasilah ujian kita berbeza
Dan Ya...
Engkau berjaya mengharunginya
Apakah diriku Yang Lemah Ditinggalkan?

Sejuk Malam itu
Tanda Tiada Manusia rela Berkongsi
Hanya lembut malam
Membangunkan diri Berkongsi Rasa
Munajat hati Mencari Bahagia

Tenang Tangisan itu dibiaskan
Mencari Tenang dalam Kekalutan
Mencari Redha dalam Ujian
Menghendap Hikmah di Sebalik Kesukaran
Mencurahkan apa Terpendam

Ya Tuhan.....
Cinta akan dunia Melalaikanku
Aku lemah dengan keresahan yang mengalir
Aku beku dalam Kepanasan
Betapa sedih hati Dinodai

Namun aku akur takdir hidupku
bukan aku ingkar akan seruanmu
namun aku cuba lindungi dari fitnah
Maka jalan ini yang ku pilih
Penuhi dengan kudratku yang terbaik

Ya Tuhan...
Aku tidak peduli pandangan manusia
Cukuplah Engkau yang sudi memandangku
Dinginnya mendamaikan hatiku
Membalut hatiku tanda sejahteraku

Senyumku melangkah hadapi dunia
Engkau hadiahkan insan-insan soleh teguriku
Sepiku bukan tanda mengalah
Wasilah kekuatan diri elakkan fitnah
Yang tak sedari akan tusukan hadirnya. 

(.....Melangkah dengan senyuman...(^_^)....)