Kian siang merangkak hilang menyusulkan malam buat
hamparan penghuni bumi….jemari ini bergelodak untuk menaip di atas papan
kekunci….Alhamdulillah ya Rabbi….Engkau berikan daku peluang untuk mengenali
hati-hati yang suci itu….tulus mendambakan bimbingan……Tiap detik masa yang
berlalu memberi ruang kenangan yang cukup indah untuk diingati dan diberi
pengalaman yang sangat menakjubkan….
Saat bas bertolak ke destinasi program…..sentimen yang
bermain di minda….”ape ye buah tangan yang mahu diberikan buat adik-adik ini
seiring tugas yang diamanahkan”….sejenak diri membuat keputusan “biar
sederhana, janji akar yang terpasak di hati mereka itu berjaya diusap dan
digilap buat buah tangan bertemu dengan Ilahi”…Alhamdulillah…mudahan langkah
kaki yang mula bertapak di destinasi ini tetap utuh kuat memahamkan adik-adik
tersayang….
Pertemuan pertama bersama adik-beradik yang bakal
mengambil peperiksaan SPM…subhanallah…pasti ada hikmah di sebalik aturan
ini…..empat insan yang sudi bermain mata, hati, akal dan jiwa dengan insan
kerdil ini…..benarlah bicara orang bijak pandai… jangan disangka air yang
tenang tiada buaya…..langkah taaruf memecahkan kebekuan dan kekakuan dalam
mencari titik persamaan di antara kami berlima…… mudahan usaha yang sekecil ini
dipandang Allah dalam mengislah diri ana dan jiwa-jiwa insan yang engkau pilih
Ya Allah…..

Kerinduan dirimu terhadap bicara sebegini memberi
kekuatan pada diri ana untuk sumbangkan sesuatu walaupun hanya sekadar di
belakang kerna betullah kata pakar-pakar perubatan bahawa betapa pentingnya
postur tulang belakang kepada manusia dalam bergerak begitu juga secara seninya
motivasi hidup manusia. Saat luluh melayan kejatuhan semangat diri, jiwamu
perlu tangan yang sudi bertaut memberi kekuatan…
“Beratnya bebanan yang bermain di kepala!!!”….betul
bicaramu itu…begitu beratnya yang dirimu fikirkan…..kenapa engkau merasakan
sebegitu?….kerna dirimu meletakkan situasi yang sebegitu….sebagaimana firman
Allah di dalam hadith qudsi “INNI MA’A ZONNI ‘ABDI”…maksudnya “Sesungguhnya Aku
bersama sangkaan hambaKu”….jika itu sangkaanmu maka itu jugalah yang Allah
berikan padamu…jangan memberatkan sesuatu yang Allah s.w.t sudah ringankan
kepada kita……hadapilah…
Jangan takut untuk mempelbagaikan usaha diri….moga saat
ketakutan itu dihapuskan jiwamu akan puas kerna engkau berani untuk
meninggalkan kelemahan dirimu daripada dikau terus merintih tanpa cuba untuk
melawan….jangan menjadi orang yang rugi ye……..

Sehingga suatu saat jika dirimu jatuh atau gagal…kesakitan yang engkau tanggung
mungkin terlalu parah kerna engkau akan sentiasa menyatakan kekurangan dan
kesilapan dirimu sendiri dan kekuatan untuk dirimu bangun kembali adalah
terlalu banyak memerlukan tenaga kerna engkau terlalu bergantung kepada diri
sendiri….
Berbeza jika engkau seimbangkan usaha luaran tersebut
dengan usaha dalaman…formulanya : USAHA LUARAN + USAHA DALAMAN = KEJAYAAN. Apakah
pula usaha dalaman???... sesuatu yang dikau usahakan yang berbentuk spiritual
yang kadang-kadang jelas di matamu tapi kadang-kadang berlaku sebaliknya…..mudah
kata ialah solat jemaah, puasa sunat, bacaan yasin, qiyamulail, solat hajat,
amalan kebaikan kepada insan lain…dalam erti kata menjaga hubungan dengan Allah
s.w.t dan manusia lainnya. Namun usaha
ini kadang-kadang diragui peranannya tetapi cubalah selami kejayaan insan-insan yang cemerlang….itulah resepi kejayaan mereka
semuanya
Jika yang bermain di mindamu sekarang adalah…”perlukah
semua itu???...terlalu berat untuk dilakukan dan mungkin mengambil masa yang
lama…betul….apa yang difikirkanmu adalah tidak salah kerana engkau berfikir
mengikut fitrah dirimu…..namun tidak salah jika dikau mencuba terlebih dahulu
untuk menilai kesahihan persepsimu…buatlah sesuatu bersedikitan tetapi
berpanjangan berbandingan sesuatu yang besar tetapi dalam tempoh yang sedikit….kerna
nilaian usahamu itulah yang diberi pahala…bukan hasilnya…….konsep tawakal
itulah taruhannya…untuk meraih sayangnya Allah terhadap harapan kita.
Ana terfikir akan tiga istilah yang berbeza iaitu
BIJAK, PANDAI, BIJAK PANDAI…jika diberi pilihan pastilah kita impikan untuk
tergolong di antara insan-insan tersebut… Orang yang bijak adalah anugerah yang
diberikan Allah mungkin bertujuan untuk menguji sejauh mana dia berusaha untuk
merendahkan diri dan sentiasa berusaha walaupun secara semulajadinya dia mampu
bertindak lebih baik dari orang lain walaupun dirinya tidak berusaha atau pun
dia mengguna kebijaksanaannya untuk menjadi insan yang sombong…terpulang kepada
persepsi dirimu sendiri untuk mencorakkannya
Berbeza dengan orang yang pandai….golongan ini adalah
insan yang kuat berusaha untuk menjadikan diri sendiri daripada seseorang yang
tidak tahu kepada orang yang tahu, berilmu dan beramal…..hasilnya adalah buah
dari usahanya sendiri….Manakala orang yang Bijak Pandai adalah orang seimbang
kedua-duanya……
Ana lebih sayangkan insan yang Pandai dan Bijak Pandai…..kerna
ana memandang akan kekuatan yang mereka cuba gali untuk menyempurnakan diri
sendiri… dan insan yang lebih ana sayang adalah yang seimbang luaran dan
dalamannya…..kerna disaat engkau diuji akan kegagalan…kesakitan yang ditanggung
adalah sederhana dan engkau mampu untuk bangun kembali untuk menjadi orang yang
lebih baik kerna engkau yakin itulah emas yang Allah mahu hadiahkan kepadamu
untuk selamatkan dirimu dari perkara yang mungkin akan merosakkan dan
menyesatkanmu dari jalan terbaik yang engkau pilih….


Jangan terlampau berusaha tetapi perlu berusaha……kenapa
ana berbicara sebegitu???....diri kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang
berjaya mengikut kemampuan diri…kerna kejayaan itu akan datang seiring dengan
keperluanmu terhadap kehidupan dunia…susunan Allah terhadap takdirmu adalah
suatu yang terindah…..
Berbeza dengan terlampau berusaha…kerana dikau akan
melintasi tahap kemampuan diri yang mungkin secara negatifnya akan menyebabkan
dikau lebih tertekan dan terbeban sehingga apa dikau usahakan hanyalah keluhan
bukan keinginan dan perlaksanaan tapi seandainya lintasan itu mampu membentuk
sesuatu yang positif maka teruskanlah kerna engkau adalah insan biasa yang
punya usaha yang luar biasa…….
Masa yang kian mencemburui ikatan antara kita tidak mematahkan
semangat dan keinginan untuk berkongsi…… “perlukah pengalaman sedangkan kami
masih belum ada masa silam sebagai kekuatan untuk menjadi lebih baik kerna
masalah berat yang ditanggung adalah sekarang yang terpaksa kami lalui walaupun
kadang-kadang ingin melarikan diri dari masalah tersebut untuk sempurnakan diri
kami dengan kejayaan yang dituntut oleh kehendak dunia sekarang?”…..
Senyuman di
bibir mengisi ruang masa berfikir dalam diri ana….apakah isitilah yang terbaik
untuk menjadi akar yang kuat dalam diri mereka moga mudahan saat pertemuan di
antara kami suatu masa akan datang membuahkan ketenangan di wajah masing-masing
kerna betapa tidak rugi masa yang mereka korbankan untuk bersama-sama dengan
ana…
Setiap insan punya masalah….kerna itulah fitrah
perjalanan manusia…..walaupun bentuk masalah yang menimpa setiap insan adalah
berbeza namun sejauh mana dikau mengawal dan mencorak akan fitrah tersebut??? Jika
motivator menyatakan bahawa kreatiflah dalam mengawal masalah maka ana
menyatakan bahawa berkawanlah dengan masalah diri…..kerna dirimu lebih memahami
kehendak sendiri….sejauh mana pandangan orang terhadap dirimu itu adalah
perkara kedua…..
Mahu tidak mahu dikau terpaksa selesaikan juga masalah tersebut
namun bezanya bilakah waktu yang sesuai untuk menhadapinya??? Maka pandanglah pada
keutamaan dirimu….jika masalah pelajaran yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu untuk dijadikah wasilah atau metod yang sempurna untuk menyelesaikan
masalah keluarga…maka bersabarlah dengan keadaan….di samping harapan yang
tinggi dalam tempoh masa yang panjang memerlukan doa yang berpanjangan dan
berturutan supaya Allah pelihara masalah kita yang satu lagi itu sehingga satu
saat kita bersedia untuk menyelesaikannya.
Kak long, kak ngah, kak chik dan kak su memerlukan
sokongan dan doa dari adik…..mudahan apa yang diperkongsikan menjadi wasilah
untuk diri kuat menghadapi kehendak dunia….maka apa yang dik Ila mahu kongsikan…jangan
menjadikan kehendak dunia itu sebagai matlamat tapi jadikan ianya sebagai
wasilah untuk menghadapi kehendak Allah s.w.t di akhirat kelak…..doakan adik
juga ye…….
TO BE CONTINUE.........