Ahad, 24 Jun 2012

-Kaca Mata / Kanta Lekap?-



Sempoian angin di waktu siang walaupun hembusannya seiring dengan haba kepanasan namun perjalanan di waktu sebegini mungkin menghadiahkan hikmah yang tidak disangka-sangka. Di tambah dengan kegelapan penglihatan manusia yang sentiasa mencari arah cahaya dalam dirinya. Ana tenang melayan lagu nasyid lama yang sesuai dengan apa yang fikirkan di minda...

 "Fatamorgana" nyanyian kumpulan Hijjaz.. cantik video klipnya bertema seorang budak kecil yang bertatih menelusuri dunia tanpa mengetahui apa yang bakal dirinya tempuhi dan apakah cukup persiapannya menghadapi dan menelusuri jalan yang lurus dengan ujian hidup yang mencabar menuju jalan yang hakiki iaitu jalan akhirat.

"Sabar menempuh jalan, tetapkan iman di hati, yakinkan janji Tuhan, syurga yang sedia menanti, imanlah penyelamat, dunia penuh pancaroba, hidup akhirat kita kekal bahagia"... menarik adunan bahasanya menghadiah kemerduan hidayah di hati manusia yang sudi mendengarnya dengan mata hati.


Mata.. anugerah Allah s.w.t untuk manusia yang amat berharga. Namun mata yang bagaimana? Mata fizikal yang sentiasa menghantar pandangan yang mungkin benar atau sekadar fatamorgana semata-mata tentang pelbagai sudut dalam dunia. Tapi Allah hadiahkan sesuatu punya hikmahnya yang tersendiri.... Sejauh mana kita menggunakannya untuk kebaikan atau sebalik? Mudahan Allah s.w.t beri kekuatan pelihara mata mudahan menjadi mata yang dicintai oleh Allah s.w.t. Jika dulu kita silap menjaga mata maka kita dan ana juga masih sempat untuk berazam bersama yang lain untuk memelihara mata supaya menjadi mata yang dicintai Allah s.w.t.



Ana tersenyum mengingatkan kenapa boleh wujud kaca mata ye? begitu juga pengaplikasiannya yang lebih canggih iaitu kanta lekap (contact lense)... kemajuan sains seiring tuntutan biologi manusia mungkin... Ana teringat kisah seorang sahabat yang rabun tanpa berkaca mata bertawakal sekuat hatinya berjalan seorang diri ke pekan semata-mata mahu membeli barang yang penting. Bermula dengan menunggu bas rapid ke pekan...hampir terlepas kerna tak perasan...alhamdulillah mujur pak cik driver tu baik hati walaupun hampir terlepas stesen...dia berhenti walaupun dia tak tahu bahawa penumpang yang sorang ni tak nampak dengan baik...mujur sahabat masih nampak warna bas tersebut.... 

Setelah selesai urusan penting... Satu lagi kerisauan yang bermain dalam diri..."Innalillah...bagaimana ana nak cari kod bas untuk pulang ke kolej ye?...mudahan Allah atur perjalanan ana sebaiknya pada hari ini"... usai sahabat ana berdoa... digerakkan kaki untuk turun di mana-mana stesen... sejurus turun dari tangga satu stesen...takdir Allah s.w.t menentukan bahawa sememangnya bas yang pulang ke kolej betul2 di ruang stesen yang sahabat ana turun (setelah diamati dengan lebih dekat)....(perkara yang sama menimpa ana hari ini...sangat-sangat menarik)

Kadang-kadang peristiwa sebegini adalah biasa di mata orang yang dapat melihat dengan baik tetapi ianya merupakan satu nikmat yang besar bagi seseorang yang Allah s.w.t tarik sedikit nikmat penglihatannya iaitu rabun ditambah power speknya yang agak tinggi.. Ana termenung mencari hikmah peristiwa tersebut dengan kehidupan seharian kita yang sentiasa berinteraksi dengan biologi dan sinergi alam.... Allah s.w.t sentiasa menyarankan kita mengambil 'ibrah yakni pengajaran dari setiap yang berlaku di alam sekeliling kita...

Firman Allah s.w.t dalam surah Huud ayat 24 yang bermaksud:

"Bandingan dua golongan (yang kafir dan Yang beriman) itu samalah seperti orang Yang buta serta pekak, Dengan orang Yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (setelah kamu mengetahui Yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?”

Apakah pengajaran yang ana boleh kaitkan dengan konsep fatamorgana ye?... 

Kadang-kadang dalam hidup, kita banyak memandang yang palsu berbanding yang tulen sebab permainan hidup mengatakan yang palsu itu indah dan yang tulen itu susah dan mustahil... Sebab itu ramai yang mengatakan bahawa Islam itu susah untuk diamalkan..sebenarnya Islam itu mudah jika selami dan amalkan sesuai dengan apa yang dituntut dalam Islam......

Cuba kita selami kembali mengapa Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.”

Cuba telusuri kembali mengapa Allah s.w.t mensyariatkan solat fardhu dalam hidup manusia untuk manusia bermeditasi serta berinteraksi dengan Allah s.wt dan bukannya yoga? Mengapa Allah mensyariatkan puasa untuk manusia menjaga kesihatan badan dan bukannya melalui gym atau sebagainya yang berkaitan.. Mengapa Allah mensyariatkan zakat dan bersedekah untuk menyucikan harta dan bukannya berboros pada jalan pembaziran dan kedekut dalam kebakhilan. 


Dua persimpangan jalan hidup dipilih oleh manusia untuk menentukan gambaran hidupnya... Tetapi sejauh mana hebat atau kurangnya kita sekarang bukan penentu mutlak untuk pengakhiran hidup kita kelak...kadang-kadang apa yang kita nampak sekarang adalah salah satu fenomena fatmorgana dunia yang mungkin boleh menjadi fitnah seandainya kita tidak cuba untuk terus beristiqamah memohon penetapan hati di jalan iman..... 

Kita melangkah atas bumi Allah s.w.t dengan anugerah mata yang mungkin tertipu dengan fatmorgana dunia yang sangat hebat cabarannya dari pelbagai sudut (fenomena pentadbiran dunia yang meruncingkan kerna meletakkan konsep Islam itu jauh dari hidup masyarakat, fenomena keadaan sekeliling yang memberi pengaruh yang kuat untuk manusia takut untuk berubah ke arah yang lebih baik).... 

Namun tak semua yang tertipu dengan fatamorgana dunia kerna golongan ini bergerak atas dasar mata hati yang sentiasa cuba untuk disucikan walaupun hidupnya nampak asing dari manusia lain yang leka dengan dunia... kerna menempuh fatamorgana tersebut dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t...(mungkin sedikit perkaitan dengan peristiwa yang menimpa sahabat ana).



Tetapi hati kita Allah s.w.t yang pelihara, maka tak mustahil kita mampu berubah ke arah kebaikan jika kita sentiasa pohon padanya...usah pedulikan kata-kata tohmahan atau bicara sinis yang menghalang dirimu untuk berubah kepada yang lebih baik....kerna kadang-kadang apabila mata manusia telah rosak untuk menilai...maka mereka akan menggunakan kaca mata atau kanta lekap yang lain untuk menjelaskan pandangan dan penglihatan mereka terhadap sesuatu perkara... 

Cuma terpulang pada manusia untuk memilih kaca mata yang bagaimana...adakah dengan kaca mata yang anti silau terhadap tipu daya syaitan dan pengajaran serta pegangan terhadap al-Quran & Hadith supaya tidak sesat atau kaca mata lama yang dikaburi dengan habuk kekotoran dunia tanpa cuba untuk menggantikannya dengan yang baru atau cucikan ia dengan kain dari hamparan keimanan..... 

Mudahan mata di dunia ini dikuatkan dengan mata hati yang sentiasa mencari kebenaran dalam hidupnya untuk menemui cintaNya yang hakiki.... dengan berusaha untuk menuai benih ibadah dan ikhlas untuk hasilnya di akhirat kelak....Kerna setiap sudut hidup kita adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah s.w.t....


(Sebenarnya semua orang memakai kaca mata dalam hidup seharian maka tegurilah insan yang memakai kaca mata yang salah kerna mungkin dia dikaburi tetapi tiada yang menegurinya...tetapi kita hanya mampu membantu kerna tidak mahu dia tersilap dan terjatuh.....juga kerna yang mampu menghantarkan air mata keinsafan hanyalah Allah s.wt...kuatkanlah ianya dengan doa dan tawakal untuk diri sendiri mudahan dikurniakan pilihan kaca mata yang berkualiti serta bersesuaian dengan tuntutan Islam sebenarnya)













Tiada ulasan:

Catat Ulasan