Khamis, 21 Jun 2012

- Simpuhan (^_^) Senyuman-


Saat hati dibelai tarbiyah
Melingkar lembut membuka hijab hati
Kesukaran dihadapi dengan senyuman
Pahitnya diharungi dengan gurau senda
Tanda tabah tika diuji


Namun teman
Wasilah ujian kita berbeza
Dan Ya...
Engkau berjaya mengharunginya
Apakah diriku Yang Lemah Ditinggalkan?

Sejuk Malam itu
Tanda Tiada Manusia rela Berkongsi
Hanya lembut malam
Membangunkan diri Berkongsi Rasa
Munajat hati Mencari Bahagia

Tenang Tangisan itu dibiaskan
Mencari Tenang dalam Kekalutan
Mencari Redha dalam Ujian
Menghendap Hikmah di Sebalik Kesukaran
Mencurahkan apa Terpendam

Ya Tuhan.....
Cinta akan dunia Melalaikanku
Aku lemah dengan keresahan yang mengalir
Aku beku dalam Kepanasan
Betapa sedih hati Dinodai

Namun aku akur takdir hidupku
bukan aku ingkar akan seruanmu
namun aku cuba lindungi dari fitnah
Maka jalan ini yang ku pilih
Penuhi dengan kudratku yang terbaik

Ya Tuhan...
Aku tidak peduli pandangan manusia
Cukuplah Engkau yang sudi memandangku
Dinginnya mendamaikan hatiku
Membalut hatiku tanda sejahteraku

Senyumku melangkah hadapi dunia
Engkau hadiahkan insan-insan soleh teguriku
Sepiku bukan tanda mengalah
Wasilah kekuatan diri elakkan fitnah
Yang tak sedari akan tusukan hadirnya. 

(.....Melangkah dengan senyuman...(^_^)....)





1 ulasan:

  1. Misalannya pada jenis pemikiran manusia yang pelbagai sebagai tindak balas terhadap apa yang kita lakukan kerna mata manusia memang untuk memandang dan telinga untuk mendengar jadi kita memang tak mampu nak ubah manteliti masyarakat sekeliling untuk menerima apa yang kita lakukan... cukup kita mencari kekuatan satu zat yang tak pernah memandang kita dengan pelbagai persepsi...Dia memandang kita sebagai hambaNya yang berusaha untuk capai dan sambut cintaNya.... apa kaitannya dengan bersimpuh ye? pernah tak jumpa orang yang sedang keletihan atau kepenatan atau terasa "down" dia akan terduduk dengan cara yang paling cantik dan sopan? jika ikut manusia biasa pasti dia akan cari kerusi atau duduk dengan bersila... metod yang pelbagai ini boleh digambarkan pada keadaan manusia apabila berhadapan dengan ujian dan cabaran di dunia. jika duduk dengan cari kerusi dulu selalunya dia lebih suka berkongsi sesuatu dengan orang lain... jika yang duduk bersila terus selalunya dia suka mengeluh dan menunggu nasib yang merubahnya....dan kita boleh lihat riak wajah kedua2nya yang agak berkerut kan? cuba lihat pula pada orang yang bila dia penat, dia cari ruang untuk dia duduk dengan tenang (kalau adat orang melayu, duk bersimpuh tu tanda kita ingin bersopan dan selesa kan? dan selalunya orang yang sopan suka tersenyum)... cara dia berhadapan dengan ujian...dia akan cari satu sudut yang tenang untuk dia berfikir dan muhasabah untuk menyelesaikan masalah..pada masa yang sama dia tidak terbeban dengan masalah tapi dia cuba tersenyum walaupun ada masalah.....kadang-kadang biologi manusia boleh berbicara dengan intelek manusia dan mungkin lebih baik.. jadinya mungkin bersimpuh dalam senyuman di majlis ilmu itu dapat membantu kita keluar dari masalah...ada kemungkinan yang pasti insyaAllah...kerna majlis ilmu itu dinaungi sayap malaikat.. so boleh hadapi masalah dengan tenang dan dapat selesaikannya dengan mudah dan berkat...Wallahua'lam...

    BalasPadam