Jumaat, 23 Mac 2012

CeRpEn : BiCaRa ImAn



Kisah Iman dan Sofia sangat berbeza, berjuang atas matlamat yang sama tapi dengan wasilah dan metod yang berbeza. Namun tahap perjalanan mereka juga berbeza kuantitinya dan mungkin juga kualitinya....Kualiti hidup manusia hanya Yang Maha Mutlak sahaja layak menentukan dan menilainya.

Dakapan malam membawa Sofia jauh merenung memori semalam yang masih terasa akan kehangatannya.  MTFAQ ( Maahad Tahfiz Fauzanul Quran ) telah mendewasakan usia anak muda yang terlalu mentah. Perbezaan  Takhassus tidak menghalangi ikatan hati yang wujud antara dua jiwa yang saling berkasih sayang atas dasar ukhwah dan medannya adalah bulatan kecil yang berjaya menyatukan hati-hati insan yang dahagakan keindahan Islam.

"Iman, kelas macam mana hari ini? anti dapat tasmi' dengan baik atau masih fokus pada iadah seperti minggu lepas?" Sofia tersenyum memulakan bicara sementara menunggu ahli jawatankuasa perlaksana yang lain tiba di bilik gerakan.  

Iman hanya mampu mendiamkan diri, kesedihan hati mengenang betapa peritnya sebuah perjuangan yang menuntut sebuah kesempurnaan supaya diri tidak menjadi fitnah kepada pelbagai pihak terutama untuk gerak kerja Islam....namun masa lapang dan kesihatan yang diberikan perlu digunakan dengan sebaiknya sementara masih ada masa untuk membuat perniagaan dengan Allah s.w.t...mudahan untungnya besar di Akhirat kelak.... Namun ujian difitnah dan dicemuh itu takkan lari dari medan perjuangan..."Tidak...aku takkan membebankan sahabat seperjuanganku dengan kesedihanku....kerana aku juga salah satu dari sumber kekuatan mereka...aku perlu setabah Rasulullah s.a.w ketika dicemuh penduduk Thoif"...monolog Iman mencari kekuatan menyambung bicara dengan senyuman..."Alhamdulillah, masih memantapkan iadah dan insyaAllah minggu depan Iman tasmi' surah ad-Dhuha sehingga An-Nas sejurus khatamkan al-Quran yang selama ini dihafaz dan insyaAllah dijaga dengan baik...amien...Sofia pula?"


"Subhanallah, mudahan khatam dengan baik....Sofia pun lagi dua minggu insyaAllah....mudahan wasilah perjuangan kita sebagai khalifah dan jilulQuran seiringan ye.....Oklah TKP, ajk-ajk lain dah sampai tu, jom kita mulakan......" 

Iman memulakan bicara "Kita mulakan musyawwarah saat ini dengan Ummul Furqan....sahabat-sahabat,bahang PRK kian menembusi bumi barakah MTFAQ dan diri serta jiwa kita sebagai pejuang-pejuang agama yang dipilih Allah s.w.t merasai akan kemanisan ujian di saat berperang dengan pelbagai pihak...BPC ialah satu badan NGO yang akan menguruskan PRK di kampus MTFAQ ini. Oleh yang demikian, ana mengharapkan suatu pemikiran yang neutral dalam jiwa sahabat-sahabat untuk tempoh pilihanraya ini berlangsung ...sedikit taujihat buat diri dan sahabat-sahabat....kita adalah wasilah yang dipilih untuk menguruskan dan membentuk satu pimpinan baru bagi PERHAQ (Perwakilan Huffaz al-Quran) sesi depan terutamanya di bahagian muslimat......ana menggalakkan diri dan sahabat-sahabat untuk meletakkan diri ibarat al-Fateh yang mana semangat kepimpinan beliau menyelidiki hikmah kegagalan kepimpinan sebelumnya dalam usaha untuk menakluki Konstantinopel dan akhirnya beliau menemui jawapan bahawa kemenangan itu berpunca dari spiritual diri para pejuang yakni tentera-tentera beliau. Walaupun dalam diri masing-masing bermain dengan pelbagai mainan emosi dan ujian-ujian yang lain...Namun biarlah usaha kita yang sedikit ini dipandang Allah s.w.t dalam membentuk satu barisan kepimpinan sehebat Rasulullah s.a.w dan para sahabat di Madinah. Letakkanlah diri ibarat sedang berjihad di perang Badar. Lidah yang  berbicara  lebih hampir dengan telinga yang mendengar. Kita semua adalah pemimpin. Pemimpin adalah insan yang ikhlas menegur dan  ditegur.....Wassalam”

Nostalgia ketika itu sangat-sangat indah dalam ingatan Sofia. Iman yang dulunya ibarat singa dalam berjuang mnghadiahkan Sofia kekuatan untuk sama-sama berjihad di jalan Allah s.w.t. Impian mereka berdua ingin sehebat Khazinatul Asrar ktika berperang bersama Khalid al-Walid dan berhajat sehebat Zainab al-Ghazali dalam melawan arus dunia menjadi insan dan mukminah yang solehah.

Memori indah itu kian kelam menghadirkan perasaan yang pilu dalam hati Sofia, menghadiahkan titisan air mata di pipi. Iman kian menyepi apabila mereka sama-sama menuntut di sebuah institut pengajian tinggi. Sofia seringkali menitiskan air saat berbicara dengan Iman, kedegilan sahabat yang disayanginya membuahkan kesal di hati Sofia. “Iman, berbicara dan berkongsilah masalah anti dengan ana....mungkin ana mampu berkongsi pendapat dengan anti.....jika anti diam membisu begini tidak memberi manfaat pada anti. Sahabat-sahabat memerlukan anti sebagai salah sorang pelengkap kepada gerak kerja dakwah....bukankah itu harapan anti selama ini?”

“Izinkan ana sebegini...” Itu sahaja kalimah yang mampu dituturkan Iman al-Insyirah...apa yang menimpanya hanya secebis ujian dari kasih sayang Allah.  Biarlah Sofia dalam tanda tanya....mudahan sahabatnya kuat dalam menyebarkan Islam di bumi Allah s.w.t ini...Biar sahabat seperjuang yang lain memandang beliau futur namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

.................................................

“Kenapa Sofia menangis ni?” sapaan suami tersayang mengaburkan ingatannya pada Iman.  “Tiada apa yang Sofia tangisi  cuma teringatkan arwah Iman...mudahan rohnya ditempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh ye bang....” Suaminya juga mengenali Iman al-Insyirah...satu nama yang amat bermakna buatnya.

Sewaktu dia dan Sofia masih belum sah menjadi suami isteri.....dia hanya mengenali Sofia sabagai rakan seperjuangan dalam merancang dan melaksanakan misi-misi dakwah menyebarkan Islam dan mengatur aktiviti mengislah diri dan sahabat-sahabat yang lain. Gedung ilmu itulah yang menjadi bukti pertemuannya dengan sayap kiri yang tersayang. Perjuanganlah yang berjaya mengikat hati mereka berdua dan mereka menggunakan bait muslim sebagai wasilah menyatukan kasih sayang mereka yang halal dan berkat. Walaupun ketika  itu, ramai muslimah yang menawarkan diri menjadi sayap kiri kepada Suffian al-Mujahid namun istikharahnya menguatkan hatinya untuk mentaqdimkan Sofia Qistina sebagai suri hatinya pada tahun akhir pengajiannya. Hulurannya  diterima dan diatur dengan taaruf, khitbah dan akhirnya disatukan dengan ikatan pernikahan yang sederhana tetapi berkat. Namun satu perkara sahaja yang memusykilkannya, kenapa nama “Iman al-Insyirah” itu sangat bermakna buat isterinya sedangkan nama tersebut telah mengecewakan jiwa-jiwa daie di kampusnya ketika itu..



“Sayang, abang teringin nak tahu  kenapa arwah bersikap sedemikian semasa kita di kampus dan sayang tetap pertahankan dia sebagai sahabat yang sangat-sangat baik?” Kekeliruan itu perlu dirungkaikan..”Sofia pun tak pasti kenapa arwah Iman bersikap begitu cuma yang Sofia sedihkan, Sofia tak sempat menatap arwah buat kali terakhir, Sofia dapat tahu tentang kematian arwah Iman melalui ibunya selepas arwah dikebumikan.... hanya sekeping surat yang arwah titipkan buat Sofia”........bicaranya menyedarkan Sofia akan surat yang dititipkan buatnya...hampir terlupa untuk dibaca kerana terlalu sedih akan kematian sahabatnya. Lantas segera dicapai surat tersebut dan mengajak suami menemani membacanya....


Assalamualaikum duhai Sofia Qistina..sahabat dunia akhiratku...


Saat surat ini ditatap..diri ini sudah pergi menyahut panggilan Ilahi..teringat akan peristiwa kita berebut-rebut mempersoalkan siapakah yang akan mencapai cinta Allah terlebih dahulu daripada berjodoh dengan manusia......betulkan cakap Iman, Iman yang akan pergi meninggalkan Sofia dahulu.....kerna waktu itu Iman cukup yakin bahawa masa yang Iman ada tak lama.....Iman minta maaf, Iman mungkir dengan perjanjian kita dahulu.....untuk sama-sama berjuang menyebarkan agama Allah....sehebat Zainab al-Ghazali impian kita...kerna Iman tak mampu....dengan sakit yang Allah hadiahkan pada Iman, menyukarkan Iman untuk banyak bergerak seperti di MTFAQ dulu...Sofia, penyakit Leukimia yang Iman tanggung ini hanya mampu memberi masa pada Iman untuk bertahan selama 3-5 tahun sahaja kerna keluarga Iman tak mampu menanggung belanja yang besar untuk pmbedahan tulang sum-sum kerna keluarga Iman tak sekaya keluarga Sofia. Mudahan hilanglah kekeliruan yang bersarang di hati Sofia dan ya...Iman hampir terlupa...semoga bercinta sehingga ke syurga bersama pilihan hati Suffian al-Mujahid.....doakan Iman tenang di sini.....Sofia, walaupun Iman tidak mampu bergerak bebas seperti Sofia...Iman masih faham aka tuntutan dakwah yang masih tertanggung di bahu Iman sebagai seorang yang mukallaf...tempoh yang Iman ada semasa menuntut di univrsiti, Iman gunakan untuk berkarya dan menulis puisi, cerpen, novel dan sebuah buku bertajuk “Jihad si Sayap Kiri”...mudahan berguna untuk dunia dakwah...harapan Iman supaya Sofia dapat kembangkan dan sebarkan nukilan Iman kepada dunia....Iman meminta Prof. Anita simpan sehingga Sofia datang menemuinya...setakat ini sahaja yang mampu Iman nukilkan buat Sofia...mudahan ukhwah yang terbina antara kita sentiasa menghadiahkan doa dan al-Fatihah buat salah satu bekalan  Iman bertemu yang Maha Khaliq...Allahumma amien...Wassalam...-sekian Iman al-Insyirah-“....

Perlahan-perlahan surat itu dilipat kemas....mengertilah kini Sofia akan sebab perlakuan aneh arwah sahabatnya...”Abang, bantui Sofia makbulkan impian Iman ye”...seruan Sofia disambut lembut dengan linangan air mata bersama suramnya malam....

 -Hak cipta peliharaan Allah s.w.t-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan