Khamis, 15 Mac 2012

Nota Hati & Nota Iman


Saat seruan burung-burung terbang memulakan teknik mencari rezeki bagi yang menanti di sarangnya...Sayupan itu menjadi semakin indah dengan kawanan seumpamanya....jelas tergambar seiring cahaya mentari yang kian gasak terbit memberi ruang dan peluang kepada manusia untuk bangun mendirikan dan melaksanakan amanah yang terpikul dalam pelbagai bidang dan matlamat.....Lantas apakah hala tuju ana selepas ini???Bicara ana seringkali terdetus dalam ruang monolog yang tak terungkap akan indahnya kata.

Lantas ruang hati kian gasak mengungkap memori lama yang kian lapuk ditelan zaman...Saat hadirnya kalam sahabat yang sentiasa menujah memberi semangat dalam ruang menuntut ilmu di bangku persekolahan......indahnya saat ditatih supaya menundukkan pandangan ketika memandang yang bukan mahram, latihan iman membangunkan sinergi diri beribadat kepada Yang Maha Khaliq, dilenturkan dengan akhlak mahmudah dalam moral kehidupan seharian....betapa indahnya saat hati ketika itu tertumpu untuk menyelesaikan nota yang diberikan bagi membentuk iman yang sangat-sangat tenang ini. 

Kefahaman seiring minda yang berfikir seterusnya tindakan yang terpandu dengan teguran dan nasihat ibu-ibu dan bapa-bapa yang tak pernah jemu menuturkan senyuman menenangkan jiwa.......Duhai pembimbing ilmuku....murabbi yang melentur segala ego anak didikmu dalam mempersoalkan, memahami, berfikir seterusnya memaplikasikan dalam kehidupan seharian....Namun hidup tidak akan ada seninya andainya tak disapa dengan kawanan ujian yang menuntut kesabaran yang tinggi bagi seorang budak hingusan ketika itu...... Di situlah...jiwa dibentuk......

"sahabat, walaupun di mana kita berada kita akan saling menguatkan antara satu sama lain  kerna di saat kita bertemu nanti kita banyak ilmu, pengalaman dan kenangan manis yang bakal dikongsi bersama"......tenang air mata menitis tanda bersyukur kerna Yang Maha Khaliq sentiasa menghadirkan insan-insan yang menenangkan jiwa.......Saat hati diusik dengan  bisikan syaitan mengajar akan istilah kebinasaan dalam nota hati....lantas neuron segera berfungsi menghantar nota iman sebagai dinding pelindung dari syaitan walaupun terdapat saat yang gugur syahid ketika berperang dengannya yang terkutuk

bulatan indah itu membantu dalam memahamkan nota iman....tersenyum mengenangkan diri yang sangat nakal mendenda anak-anak buah yang gagal mengingati sepuluh ayat awal surah al-Kahfi......Namun kini mereka berterbangan mencari ilmu buat bekalan diri menjadi seorang zero to hero......alhamdulillah...kiranya mudahan mereka sihat adanya...kerna diri tak pernah melupakan mereka.....

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Fatir ayat 10:

“Sesiapa Yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya Dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya). dan sebaliknya: orang-orang Yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa Yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.”


Biah yang dilenturkan mengajarkan kekuatan untuk menjadi yang ingin mentarbiyah dan ditarbiyah.....apakah diri sekadar memandang peristiwa dahulu sebagai nota hati dan nota iman yang sekadar tradisi mengikut zaman kerna tarbiyah itu available.......Berkecimpung dengan sosial tidak akan berseni andai hidup tiada istilah tarbiyah, dakwah dan siasah....nasihat kian menggasak meminta hati dan iman memandu akal dalam berfikir dan bertindaklah wahai diri........kisah hidup seorang pejuang bukan hanya terikat dengan kisah silam yang menghimpit diri namun harus kreatif dalam membentuk kefahaman agar aman dan tenang dalam bertindak......namun jiwa harus kuat akan sistem MLM para sahabat yang diri bakal ceburi....namun sejauh manakah modal yang ada untuk perniagaan seperti itu........



Carilah bekalan itu wahai hati, akal dan iman.......(^_^)


Al-Ustaz 'Imad Mahdiy di dalam kitabnya "Lahzhoh Min Fadhlik!(ms 90)" menyatakan bahwa orang yang kalut dan gopoh-gapah seringkali bersikap:

1) Bercakap (berkata-kata) sebelum ia mendalami dan memahami sesuatu perkara. Main cakap saja. Betul  
    tak betul belakang kira. Fakta jangan tanyalah....Akhirnya?

2) Menjawab pertanyaan sebelum ia memahami benar-benar sesuatu persoalan dan pertanyaan yang 
    diajukan. Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya..Akhirnya?

3) Bertindak sebelum habis berfikir. Maknanya tak fikir dan tak ambil hirau fasal baik dan buruk natijah 
    sesuatu perkara....Akhirnya?

4) Membuat satu-satu keputusan penting sebelum habis merancang dan merancana. Hasilnya, kerja tidak siap 
    dan tidak sempurna. Separuh masak dan sekerat jalan. Akhirnya?

5) Memuji seseorang sebelum diuji. Rupanya yang dipuji itu sang pendusta ataupun  pengkhianat....Akhirnya?

6) Mengeji dan mencaci sebelum meneliti. Rupanya yang dikeji adalah insan yang baik hati dan tinggi 
    budi...Akhirnya?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan