Selasa, 6 Mac 2012

indAhnyA sEnI hAti

Pesanan al-Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran.
Tetapi jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah s.w.t,
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu
kau tidak mempunyai hati"

Indahnya sapaan malam yang sentiasa meniupkan keinginan yang meronta-ronta untuk menaip di atas papan kekunci yang banyak khidmatnya buat "pemilik sementaranya". Damai halwa telinga sambil melayan kepekatan malam. Alhamdulillah..hari ni dihadapi dengan pasakan kaki melangkah ke gedung ilmu sambil minda diamuk dengan bisikan-bisikan yang kadang-kadangnya positif begitu juga sebaliknya.


Lantas, apa yang ana mahu coretkan di sini??.. Bicara ana seakan-akan malap dan pudar pada malam ini..apakah tanda bahawa ana tidak layak untuk berkongsi dengan  yang lain??.. Sejenak minda tertangkap bicara anak-anak semasa kem baru-baru ini. "Ustazah, seni tak boleh dipertikaikan"..Tersenyum melayan akan telatah mereka. 


Jawab ana "Senilah yang patut dipertikaikan"...Sentuhan sesuatu perkara pasti ada sesuatu hikmah yang tersirat disebaliknya. Sekiranya bukan begitu, pastinya tidak seorang pelukis pun yang mahu untuk membuat pameran lukisannya jika bukan untuk dinilai, begitu juga hasil karya seorang "photographer". Namun seni itu adalah sesuatu yang subjektif. Kehidupan juga merupakan suatu seni.....jatuh bangunnya seseorang adalah seni dalam nada kehidupannya. 


Namun persoalannya bagaimana ingin menjadi seorang yang cekal jiwanya. Di saat jiwanya runtun mengharapkan kekuatan dalam menghadapi ketakutan maka sinar yang bagaimana menjadi pengharapan dalam dirinya....Maka di saat itu tiada bicara yang indah yang mampu dituturkan melainkan pasrah dan berserah pada Zat Yang Maha Agung. Pengatur kehidupan yang cukup indah. Hikmahnya sesuatu ujian itu, seninya akan mula tampak pabila kita pasrah dan bersedia untuk redha...Maka dihantarnya satu persatu jalan penyelesaian bagi setiap masalah dan ujian yang tiba. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-'Ankabut ayat 69:


"Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya." 


Bicara ana tak sesukar aplikasinya...begitu lembutnya lidah berbicara namun betapa keras akal, hati dan anggota untuk melakukannya......apakah ini dinamakan penyakit ego??....sapaan memori anak-anak yang bertanya "Ustazah, macam mana nak buang penyakit ego tu ye? rasa macam tinggi je egonya, nak tariknya  turun susah sangat..kadang-kadang tak sedar diri sebenarnya ego?"...Logik juga bila ana fikirkan kembali..sebab kadang-kadang kita dah merencana diri kita dengan sehabis baik namun kadang-kadang pergerakan badan lebih pantas mengikut deruan nafsu dan amarah...


"mmm...menarik......soalannya logik."..Feedback yang mampu ana berikan...."Mungkin salah satu tanda lahiriyyah yang mungkin dinilai ialah bila ditanya tidak menjawab dan bila dinasihati membalas dengan kurang beradab...." Soalan si cerdik semakin gasak.."Lepas tu macam mana ustazah?.....ana terdiam...nak jawab rasa serba salah...kadang-kadang perasaan itu selalu mengetuk pintu hati ana...mahu juga dihalau perasaan tersebut namun seketika sempat juga dilayan....tak mengapa...persoalan si dia tanda teguran Allah s.w.t untuk diri yang hina ini supaya berazam menjadi yang rahmati Ya Khaliq atas usaha menyatakan sesuatu yang bakal dilakukan aplikasinya. Allahumma amien.   


Cukuplah sekadar melakukan sesuatu sambil disusuli dengan sifat ihsan...betapanya pentingnya sifat ihsan dalam meluruskan hati dalam membentuk sikap dalam diri..Atas alasan itu jualah malaikat Jibril diutus kepada Nabi Muhammad s.a.w mempersoalkan apakah itu Iman, Islam dan Ihsan. Kerna betapa sakit dan hibanya diri seandainya setiap amalan dihantar atau dilontar kembali kerna tidak berjaya melepasi setiap pintu langit saat dihisab kelak. Menyatakan salahnya diri atas dasar kerendahan hati untuk ditarbiyah dan mentarbiyah bukan atas dasar modul semata-mata. Tersenyum si dia mendengarnya......"Anti tahu tak bahawa betapa berbezanya istilah rendah hati dan rendah diri?"...."mmm...menarik tu ustazah...."


Gelengan si dia menambah senyuman di bibir walaupun ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu tingginya suhu badan seiring tingginya puncak Sungai Lui berbeza dengan rendahnya suhu di atas puncaknya. Tak mengapa...keliru si dia perlu dirungkaikan....Mudah-mudahan melahirkan pemimpin yang berjiwa murabbi...harapan setiap para jundi....."anti letakkan bahawa cukuplah kerendahan hati untuk menghormati manusia namun letakkanlah kerendahan diri itu hanya pada Yang Maha Agung...Ya Khaliq".....jangan keliru dalam mengaplikasikannya......andai keliru maka wujudlah istilah "aku tidak layak memimpin" dan "aku saja yang layak untuk menjadi ketua"...sedangkan kita mengharapkan istilah "aku memimpin atas dasar ingin membantu islam dengan slogan -iqamatuddin wa siasatuddunya bih yakni tinggikan Islam dan tadbirlah dunia dengannya" ...mudah-mudahan setiap usaha tarbiyah kita bukan didasari dengan keangkuhan mentarbiyah insan lain tetapi kita juga turut berjaya diri menjadi hambanya yang hina tetapi berusaha untuk mulia di sisiNYA"


Sebagaimana sabda Rasulullah sa.w: 

"Wahai Abu Dzar, seandainya kamu mahu bermusafir adakah kamu akan menyediakan bekalan?. Maka jawab Abu Dzar "Ya". Soal Nabi s.a.w "bagaimana dengan bekalan untuk hari kiamat? Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara yang bermanfaat untuk menuju hari tersebut?". Jawab Abu Dzar "Aku mahu ingin mendengarnya". Sabda Rasulullah s.a.w "berpuasalah pada hari yang panas terik (persediaan menghadapi hari Mahsyar), sembahyanglah dua rakaat di kegelapan malam (persediaan hadapi kegelapan di Kubur), tunaikan ibadah haji (persediaan hadapi kegawatan dalam kehidupan), dan berilah sedekah kepada orang miskin (didoakan malaikat akan kemurahan rezekinya)"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan