Jumaat, 2 Mac 2012

disAAt kU mEncIntAiMU

        

           Sapaan malam menjenguk pintu bilik ana memadam niat mengimbau memori-memori yang bertapa di minda. Ketukan titipan hidayah Allah s.w.t yang menarik hati. Indahnya ukhwah andai perhiasannya ialah saling ingat-mengingati tanda berlumba-lumba menggapai redhaNYA. Langkah kaki memperjuangkan rontaan hati ingin mencari ruang rindu yang semakin sarat tertahan. Ana bersyukur, Allah s.w.t ringankan kaki melangkah membantu ana sampaikan tanda cinta ana pada kekasihNYA. Betapa nurani mendoakan buat barisan pimpinan yang hebat dan giat menjalankan gerak kerja dakwah, mudahan dipermudahkan segala urusan mereka dalam membantu agama Mu Ya Allah...pandanglah segala usaha mereka menyemaikan kasih sayang pada kekasihMu dalam hati kami semua.


Andai Kau Masih Ada, 
Betapa indahnya dunia ini,
Rindunya kami pada Mu,
Segenap jiwa dipertaruhkan
Tanda cinta pada Ya Khaliq.

Wasilahnya
Saat kubelai cintaku padamu
Ku titipkan selawat buat pengikat kasih
Saat ku bajai cintaku padamu
Ku jadikan Kau qudwah hidupku


Kerisauanmu di suatu saat 
Membuahkan kerinduan kami padamu
Betapa hebatnya sahabatmu
Sampaikan salammu pada kami
Dalam keperitan seorang Daie


 Kini Kau Telah Tiada
Hanya Qudawahmu ubat kerinduan
Wasilah jundi sebagai daie
Tebarkan kerisauanmu terhadap kami
Tanda Kau masih di sisi


            Kata Ustaz Habib Naqjamudin "terdapat 124000 para sahabat yang hadir mendengar khutbah Rasulullah s.a.w. Namun hanya lebih kurang 10000 para sahabat yang dikuburkan di perkuburan Baqi'. Persoalan yang ditimbulkan bahawa di manakah lagi 114000 para sahabat yang lain?"

Kejutan yang menimbulkan persoalan yang akhirnya terjawab. Kata Ustaz bahawa para sahabat membuat perniagaan. perniagaan MLM katanya "Multi Level Marketing". Menarik dan tertarik ana dengan kesimpulan ustaz. Ana teringat akan firman Allah s.w.t dalam surah As-Saff:

  
“ Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).(11) (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.(12)"


      Jazakallah Ustaz, ana semakin memahami apa yang dimaksudkan akan perniagaan MLM yang dijalankanpara sahabat. Para sahabat R.A melancarkan projek "UMMATI! UMMATI! UMMATI!" yang menjadi pengubat kerisauan terhadap Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, dengan projek itulah, Islam berkembang sehingga ke Malaysia. Yakni Islam yang kita semua dapat rasa pada hari ini.


           Namun betapa sedihnya Rasulullah s.a.w melihat sebahagian dari umatnya yang kian tenggelam dengan tittle "Islam Lahiriyah " semata-mata. Mengapa para sahabat kuat dan dan tinggi Iman, Islam dan Ihsannya? Kerna para sahabat adalah golongan "Islam Convert" yakni Muslim yang terbina atas dasar Mengkaji dan Mengamalkannya sama ada sebelum atau selepas memeluk Islam. Ana terkedu, na'am....adakah kami ini umatmu yang Kau cintai Ya Rasulullah...di saat kami lalai dalam mengamalkan sunnahmu, di saat kami gagal memahami ajaranmu, di saat kami alpa dalam lautan mabuk dunia yang menjadi kerisauanmu dulu. 

           Pesan Ustaz " Jangan lakukan perkara yang menjadi penghalang kepada diri kita untuk cinta kepada Rasulullah s.a.w. Kerna Rasulullah s.a.w akan menyayangi kita pabila kita lakukan perkara yang dicintainya dan semakin bertambah kecintaannya pabila kita bawa kerisauan Rasulullah s.a.w bersama-sama untuk disebarkan dan menjadi tanda hakiki kepada Lambaian Cinta Ilahi".







Tiada ulasan:

Catat Ulasan